CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 5

Vida nak taja Yassin buat gigi baru

  [Copy link]
Post time 23-1-2022 07:57 PM | Show all posts |Read mode

Vida berhasrat menaja kos membuat gigi untuk Yassin agar tampil lebih kacak selepas ini.

Vida nak taja Yassin buat gigi baru

PETALING JAYA – “Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda dah tak ada gigi, isteri lawa”.

Demikian hasrat yang disuarakan usahawan kosmetik sensasi yang juga penyanyi, Datuk Seri Vida yang ingin menaja kos bagi membuat gigi baharu Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Yassin Yahya.

Hasrat tersebut dilakukan Vida menerusi satu komen dalam Instagram sebuah portal hiburan sekali gus mahu anggota kumpulan Senario itu tampil lebih yakin dengan gigi yang cantik.

“Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome (kacak) ada gigi penuh,” tulis Vida.

Terdahulu, Yassin mengulas mengenai kisah isterinya yang tiba-tiba tular dan menjadi perhatian ramai menerusi laman TikTok.

Meninjau rungan komen, netizen pantas melakukan kerja-kerja mengecam Vida dan menyifatkan hasrat pelantun lagu I Am Me itu hanya sekadar mahu menumpang populariti Yassin.

“Asal ada cerita artis je, mulalah dia masuk daun. Mulalah menyibuk menumpang populariti sana sini.

“Jumpa je Yassin tu. Tak pun DM (mesej) dia sendiri. Tak payah nak bagi tahu semua orang dalam media sosial.

“Datuk sponsor (taja) buat muka sendirilah. Sayang dah tua-tua sama je macam tu juga,” tulis netizen.

Namun dalam diihimpit kecaman, Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 51, turut menuai pujian atas hasrat murninya tersebut.

“Datuk sungguh berhati mula, suka membantu dan banyak bersedekah. Jangan peduli apa orang cakap janji Datuk gembira
dan semakin kaya.

“Inilah cara dan identiti Datuk yang tidak ada pada orang lain. Adatlah kan. Ada yang suka ada yang tidak,” tulis warganet. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... sin-buat-gigi-baru/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 08:15 PM | Show all posts
sponsor bersyarat tu...
asal ada content
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 08:46 PM | Show all posts
semua benda nak kena citer kat media....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 09:38 PM | Show all posts
semua zantan huduh sheols nk kacau
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriusly mmg ramai jantan yg acik jmp tak ambik berat penjagaan gigi.. Kdg xmrokok pun tp gg kuning berlendir berbau ya ampun... Ada yg ngaku kalo mandi xgsok pn gg. Mndi pn kdg sehari sekali atau xmndi lgsg. Gais.. Jgn jd pengotor sgt boleh tak.. Muka hensem tp kbrsihan out ni mmg acik ludahkan je
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:26 AM | Show all posts
mampu gelak2 sambil guling2
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055642 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list