CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Sarawak] Penerima vaksin yang alami kesan tertentu perlu buat laporan

[Copy link]
Post time 23-1-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Penerima vaksin yang mengalami kesan advers perlu melaporkan AEFI melalui saluran yang telah disediakan.

Menurut Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), bagi kesan advers ringan dan diketahui boleh berlaku susulan pengambilan vaksin, penerima vaksin boleh membuat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera masing-masing untuk kesan advers yang tersenarai di dalam aplikasi tersebut.

Selain itu,  katanya, laporan AEFI juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang pelaporan untuk pengguna, iaitu Consumer Side Effect Reporting Form (ConSERF) di laman sesawang NPRA (www.npra.gov.my) [Consumers > Reporting Side Effects to Medicines (ConSERF) or Vaccines (AEFI)].

“Borang ini tersedia di dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Borang ini juga boleh dicetak untuk diisi, dan dihantar melalui e-mel atau pos ke NPRA,” jelasnya dalam satu kenyataan.

“Sekiranya penerima vaksin mengalami kesan advers yang serius, dapatkan nasihat dan rawatan dengan segera di mana-mana fasiliti kesihatan yang berhampiran. Dalam situasi ini, laporan AEFI akan dibuat melalui anggota kesihatan yang merawat kes tersebut,” katanya.

Katanya lagi, anggota kesihatan boleh membuat pelaporan AEFI melalui laman sesawang NPRA atau Pharmacy Information System (PhIS) bagi fasiliti KKM.

Bagi AEFI yang telah dikelaskan sebagai serius atau arang-jarang, ia akan disiasat dengan teliti dan seterusnya penilaian hubungkait antara kesan dan vaksin yang diambil akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pakar Farmakovigilans Vaksin Covid-19.

“Maklumat AEFI yang dikumpulkan adalah amat penting bagi KKM untuk terus menilai dan memantau nisbah manfaat dan risiko bagi setiap vaksin yang digunakan, bagi memastikan ianya kekal positif untuk rakyat,” katanya.


sarawakvoice.com/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.191433 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list