GAMBAR menunjukkan serpihan pesawat C-46 telah ditemui setelah dilaporkan terhempas ketika Perang Dunia Kedua sejak 80 tahun yang lalu. - AFP
Pesawat hilang 80 tahun ditemui di India
NEW DELHI – Sebuah pesawat yang dilaporkan hilang hampir 80 tahun lalu selepas terhempas ketika Perang Dunia Kedua telah ditemui dekat kawasan pergunungan Himalaya yang terpencil di India, lapor laman berita Wion News semalam.
Pesawat itu dikatakan terhempas pada minggu pertama tahun 1945.
Penemuan serpihan pesawat itu dibuat oleh sebuah pasukan pencari di sebuah puncak gunung bersalji pada bulan lalu.
Menurut laporan agensi berita AFP, pesawat pengangkut C-46 itu dikatakan membawa 13 penumpang dari bandar Kunming di selatan China. Ia tiba-tiba hilang ketika ribut yang berlaku di kawasan pergunungan di negeri Arunachal Pradesh, India.
Tiga pemandu arah yang terlibat dengan operasi pencarian dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami hipotermia iaitu suhu badan yang menurun pada peringkat awal projek itu dijalankan pada September tahun lalu.
Seorang pengembara dari Amerika Syarikat (AS), Clayton Kuhles dilaporkan mengetuai misi itu setelah mendapat kebenaran daripada anak kepada salah seorang anak kapal yang terlibat dalam kejadian itu bernama Bill Scherer.
“Pesawat itu sudah tidak pernah didengari sebelum ini. Ia hilang begitu saja,” jelas Kuhles ketika bercakap mengenai kejadian itu.
“Apa yang boleh saya katakan adalah saya sangat gembira hanya kerana dapat mengetahui keberadaannya. Saya membesar tanpa bapa,” Scherer memberitahu agensi berita AFP menerusi emel.
“Saya fikir akan perasaan ibu saya yang menerima telegram mengenai kematian suaminya dan ditinggalkan dengan seorang bayi lelaki berusia 13 bulan, iaitu saya sendiri,” jelas beliau. – Agensi
Post time 23-1-2022 01:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
supernaturalee replied at 23-1-2022 12:30 AM
How bout MH370
Adakah nk masuk 80 thn nnt atau lbh lg br jumpa??
Laut tu luas. Dah terhempas di situ, memang bertahun tahun tahun lagi la nak jumpa.
Kat Youtube aku suka binge watching Youtubers US tolong cari missing persons di sungai/tasik/kolam. Kemahen la ramaiiii rupanya missing persons di US itu hilang dalam air. Ada kes 20 years plus berjaya diselesaikan. Jika hada missing person di area kamu, try cari dalam air dulu kata salah sorang Youtuber tu. Terus aku teringat kes2 missing persons di tanahair macam kes lelaki yang hilang semasa marathon itu. Mungkin jasadnya dalam sungai dah. Begitu juga kes guru besar (perempuan) hilang yang masuk hutan, tak jumpa sampai sekarang.
Post time 23-1-2022 07:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 23-1-2022 01:04 AM
Laut tu luas. Dah terhempas di situ, memang bertahun tahun tahun lagi la nak jumpa.
Kat Youtube a ...
Yg ai pernah tgk pasal kes lelaki bawak kereta hilang tanpa dikesan rupanya terbabas masuk kat pond dekat kawasan perumahan masa taun 1997. Ada someone ternampak dari google earth punya image masa tahun 2019 mcm ada kereta and memang dapat tarik kereta dgn rangka mayat. So bukan senang sebenarnya nak cari huhhhuhu
Post time 23-1-2022 10:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sarah_ary2 replied at 23-1-2022 07:20 AM
Yg ai pernah tgk pasal kes lelaki bawak kereta hilang tanpa dikesan rupanya terbabas masuk kat pon ...
Uols try tengok channel ni jika berminat. Meka ni bukan pro pun, orang biasa saja. Meka cuma bergerak dengan bantuan kewangan dari public. Tapi dah banyak kes missing persons @ cold case files meka bantu selesaikan.
Hada beberapa lagik youtubers lain buat kerja amal sebegini. Ni antara yang femes.
Post time 23-1-2022 11:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Snow mountains berbeza difficulties nya even tho semua high risk... Reason most of scientist yang buat survey.... Ukur tinggi mountains.. Ambil sample depa tidak buat.. Depa recruited /hired mountain climbers experts.. Paling mudah depa redah snow sama tinggi depa silap step masuk lubang... Steep.walaupun simple but boleh ambil nyawa .. Susah baca track dan avalanche
Post time 23-1-2022 12:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 22-1-2022 05:04 PM
Laut tu luas. Dah terhempas di situ, memang bertahun tahun tahun lagi la nak jumpa.
Kat Youtube a ...
dekat tempat ai ada legend anak dara warak yang hilang masa ambik air wudhu di tasik.dia kena paksa kawen, pastu dia hilang.
mak ayah bermimpi dia pesan jangan carik. kini ada makam disitu.
aku suka tgk citer2 mcmni.. baca sejarah2 lama. tp aku x paling x suka sgt subjek sejarah masa sekolah dulu.. sbb byk sgt nak kena igt tarikh tmpt bagai