CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Sarawak] Tiada air bersih sejak dua minggu, penduduk gesa tindakan segera

[Copy link]
Post time 22-1-2022 09:26 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Seramai 300 penghuni rumah panjang dari 54 pintu, Rumah Johnson, Sungai Seloi, Sibuti, dekat sini, yang berdepan masalah putus bekalan air bersih, hampir dua minggu lepas mendesak pihak berwajib agar menyelesaikan isu berkenaan dengan segera.

Bekalan air di kawasan itu, bermula dari Rumah Lajong, Sekaloh hingga ke Rumah Johson di Sungau Seloi, Sibuti, yang menempatkan lebih 10 buah rumah panjang, tidak termasuk kediaman persendirian, telah terputus bekalan air bersih selepas paip utama pecah akibat tanah runtuh, yang berlaku pada 12 Januari lalu.

Sejak insiden tersebut, penduduk di Rumah Johnson serta beberapa rumah panjang lain yang turut terjejas, telah terputus bekalan air bersih.


Johnny mengatur saluran paip bagi menadah air hujan, untuk mendapatkan bekalan air bersih buat kegunaan keluarganya (gambar kiri). Seorang warga emas di Rumah Johnson, Sinuk Gran, 78, yang terpaksa mencatu air hujan bagi menampung keperluan harian.

Seorang penghuni Rumah Johnson, Philip Johnny, 32, berkata masalah putus bekalan air bersih yang berlaku di kawasan itu untuk tempoh yang panjang itu, amat menyukarkan penduduk, kerana mereka tidak mempunyai sumber alternatif lain.

"Pada masa sekarang penduduk hanya bergantung dengan bekalan air hujan untuk keperluan memasak manakala penduduk terpaksa mandi di parit ladang kelapa sawit berdekatan," katanya ketika menghubungi Utusan Borneo, hari ini.

Menurut beliau, sumber air dari parit ladang kelapa sawit di kawasan terbabit, bagaimanapun kurang selamat, walaupun untuk mandi kerana dipercayai telah tercemar.

"Walaupun bersih, namun yang membimbangkan ialah kesan baja dan racun rumpai yang digunakan bagi meracun serta membaja ladang, dipercayai turut mencemari air parit tersebut. Justeru, kami amat berharap agar pihak berwajip membaiki segera masalah bekalan air terputus yang berlanjutan hampir dua minggu," katanya.

Menurut Philip, mereka ada menerima bantuan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) namun lori tangki mereka hanya datang sekali dalam seminggu.
"Apabila kami mengadu air tidak mencukupi dan ada keluarga yang masih belum sempat menerima bantuan air bersih (kerana kehabisan), barulah mereka turut lagi, dua hari yang lalu," ujarnya.

Sementara itu, Johnny Ekeh, 58, turut berharap agar masalah bekalan air ini segera diselesaikan kerana ia merupakan keperluan mendesak penduduk pada masa sekarang.
Menurutnya, pihak berwajip harus memandang serius akan perkara ini kerana ia melibatkan 54 keluarga yang tinggal di rumah panjang tersebut.

"Aduan sudah dibuat kepada JBALB, yang mana jawapan yang diberikan ialah kerja pembaikan bekalan air yang terputus akibat tanah runtuh di kawasan terbabit, sedang giat dijalankan oleh kontraktor jabatan terbabit," ujarnya.

Katanya, masalah berlanjutan sejak satu minggu lepas namun notis penyelenggaraan dari JBALB hanya dikeluarkan pada 18 Januari dan menimbulkan keluhan di kalangan penduduk yang menganggap pihak terbabit hanya memandang ringan isu tersebut dan tidak dibaiki dengan segera.

Hala Assan, 56, dalam masa sama melahirkan kekesalan terhadap masalah bekalan air yang semakin meruncing serta menjejaskan kehidupan harian penduduk.

Menurutnya, semua maklum bahawa air merupakan antara keperluan utama dalam menjalani kehidupan seharian yang mana tempoh dua minggu ketiadaan air memberikan kesukaran buat penduduk.

"Justeru, saya berharap agar pihak berwajib menyelesaikan dengan segera masalah bekalan air bersih yang terputus ini kerana ia ia berlanjutan untuk tempoh yang agak lama," ujarnya kesal.


utusanborneo.com.my/2022/01/22
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049735 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list