CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Sabah] 20 rumah setinggan terbakar, 100 hilang tempat tinggal

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:21 PM | Show all posts |Read mode


PADAM: Pasukan bomba berusaha melakukan operasi memadam kebakaran di rumah setinggan berhampiran SJKC Che Hwa Kolombong di sini.

KOTA KINABALU: Seramai 100 individu kehilangan tempat tinggal selepas 20 buah rumah setinggan musnah terbakar di kawasan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Che Hwa Kolombong di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.10 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota serta pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya seramai 33 anggota serta pegawai dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk Lintas, Kota Kinabalu serta Penampang digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Kebakaran melibatkan 20 buah rumah setinggan jenis tidak kekal dan keluasan lokasi dianggarkan 200X300 kaki persegi.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air dari jentera bomba dan pasukan bomba berjaya mengawal api pada jam 5.05 pagi,” katanya.

Misran berkata tindakan pantas pasukan bomba mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan 180 buah rumah lain daripada turut terbakar.

“Sepanjang kejadian, seorang lelaki mengalami sesak nafas semasa menyelamatkan diri dari lokasi dan mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya menggunakan jentera EMRS,” katanya.

Beliau berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.55 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list