CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Sabah] Umum pendirian penggunaan pengimbas suhu dalam SOP

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:43 PM | Show all posts |Read mode


MADIUS

KOTA KINABALU: Umumkan penilaian kerajaan mengenai kewajiban menggunakan pendekatan pengimbas suhu dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, Kementerian Kesihatan khususnya perlu mengumumkan kepada publik hasil kajian dan penilaian mereka.

"Merujuk kepada kenyataan media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada 20 Januari 2022, bahawa pihaknya telah bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada SOP COVID-19.

"Pengumuman berkenaan telah mewujudkan reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat jelata, pakar-pakar kesihatan dan pihak penguatkuasaan yang terlibat dalam usaha memerangi pandemik ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden UPKO berkata, mekanisme pengimbas suhu bukan sahaja satu pendekatan baharu yang digunakan ketika pandemik COVID-19, tetapi sejak SARS mula muncul sebagai satu masalah kesihatan sejak lebih satu dekad lalu, sebagai langkah awal untuk mengesan keadaan kesihatan seseorang individu.

Oleh itu katanya, hampir setiap premis telah mengeluarkan belanja yang secara kolektif melibatkan berjuta-juta ringgit bagi tujuan imbasan suhu atas arahan pihak berkuasa sendiri sejak tahun 2020.

Justeru itu katanya, adakah Kementerian Kesihatan telah membuat satu kajian dan penilaian yang menyeluruh sebelum mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar menggugurkan kewajiban pengimbas suhu daripada SOP COVID-19.

"Adakah langkah terbaru Kementerian Kesihatan ini bermaksud imbasan suhu juga tidak akan digunakan sama sekali di lapangan terbang dan premis-premis utama tumpuan orang ramai.

"Ini kerana kita tidak mahu orang ramai dan pemilik premis dibebankan dan kekal dikelirukan dengan SOP atau peraturan baharu kelak, terutama ketika impak penularan varian omicron dikatakan bakal membawa impak besar dalam waktu terdekat," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054778 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list