CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Sabah] Guru tadika maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:37 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Seorang wanita berumur 50 tahun disahkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan hotel di Lintas Plaza, Kota Kinabalu dalam kejadian jam 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata mangsa pada mulanya dilihat oleh pengurus hotel terbabit sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi sebaik diperiksa oleh pegawai perubatan bertugas.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai bertugas sebagai guru tadika berdasarkan pakaian mangsa semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya hasil siasatan di lokasi kejadian juga mendapati mangsa sebelum itu menaiki kenderaan jenis sedan dan masuk ke kawasan tempat letak kereta di tingkat empat berdasarkan tiket yang ditemukan di dalam kenderaan mangsa.

“Pergerakan masuk mangsa juga dapat dilihat hasil daripada pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagaimamapun tiada CCTV di lokasi kenderaan mangsa di tingkat empat terbabit.

“Pemeriksaan bersama pegawai penyiasat serta pasukan Forensik IPK Sabah juga menemukan beberapa kesan kecederaan di bahagian badan mangsa dipercayai impak terjatuh dari tingkat empat bangunan berkenaan.

“Pihak polis juga tidak menemukan sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa di lokasi kejadian,” katanya.

Mohd Zaidi berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai Kes Mati Mengejut (SDR).



SIASAT: Pasukan polis berada di lokasi bagi menjalankan siasatan.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.484893 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list