CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak perlu mekanisme baharu tangani kemasukan pendatang

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:36 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) meminta Sarawak mencari mekanisme yang sesuai bagi memastikan kemasukan pendatang ke negeri itu adalah secara sah susulan pembukaan semula sektor ekonomi negara di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara.
Komander NTF Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata kemasukan pendatang seharusnya tidak perlu dilihat sebagai ancaman kerana mereka ke Sarawak atas faktor pekerjaan.

“Dengan penurunan kes COVID-19 ketika ini dan kehendak ekonomi semasa, kita mesti mencari pendekatan terbaik untuk menyelesaikan kedua-dua keperluan. NTF akan melakukan pengawasan yang terperinci mengikut kehendak semasa dan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Kerjasama Jabatan dan Agensi Awam dalam aspek keselamatan sempadan Wilayah Sarawak (Op Benteng) di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis.


Aris Adi Tan Abdullah - Gambar Bernama

Katanya antara pendekatan jangka panjang yang boleh diambil ialah memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu kemasukan pendatang secara sah, pengawasan tahap kesihatan dan penyelarasan kemasukan pendatang berdasarkan keperluan tenaga kerja.

Aris berkata pendekatan itu perlu mengambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat dengan memastikan pendatang yang masuk ke negara ini negatif daripada jangkitan COVID-19.

“Proses kemasukan mereka mungkin mengambil masa selain perlu selaras dengan kehendak tenaga kerja dan perlu diselaraskan oleh semua agensi yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata kemasukan pendatang tanpa izin ke Sarawak masih terkawal dan tidak mendatangkan sebarang masalah seperti kes jenayah.

Mengikut statistik Op Benteng di antara Mei 2020 dan Disember 2021, sebanyak 1,585 kes pencerobohan dilaporkan di sempadan Sarawak serta Kalimantan, Indonesia dan daripada jumlah itu, seramai 1,169 pendatang telah ditahan manakala 1,654 lagi diusir ke negara asal. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/21

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.125096 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list