CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Sarawak] Patuhi peraturan menaiki feri, demi keselamatan

[Copy link]
Post time 21-1-2022 09:32 PM | Show all posts |Read mode


Uggah bersama Majang dan Richard serta yang lain semasa mengadakan lawatan ke terminal feri Triso pada Khamis..

SAMARAHAN: Pengguna feri di negeri  ini diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semua itu demi kepentingan keselamatan mereka.

Katanya ia termasuk pemakaian jaket keselamatan untuk semua penumpang kenderaan termasuk pemandu semasa berada di atas feri yang mungkin kelihatan remeh namun adalah sangat penting dan perlu.

“Orang ramai juga tidak boleh memotong barisan kecuali kenderaan kecemasan dengan siren atau lampu kecemasan dihidupkan seperti ambulans, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Jabatan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Tiada sesiapa dibenarkan meletakkan kenderaan di tanjakan feri,” katanya selepas mengadakan lawatan ke terminal feri Triso dan Saribas di sini pada Khamis.

Hadir sama Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Datuk Majang Renggi.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, peraturan berkenaan dibuat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan berharap semua pengguna memberikan kerjasama yang baik.

"Saya juga berharap pengusaha feri akan memastikan semua SOP, peraturan dan garis panduan ini dipatuhi dengan ketat,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bercadang untuk mengupah sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan bagi membantu melaksanakan SOP dan peraturan di semua 12 terminal ferinya di seluruh negeri.

Timbalan pengarahnya, Richard Tajan semasa memberi taklimat kepada Uggah mengenai operasi feri berkata ia diharap dapat dilaksanakan dalam tahun ini.

“Kami mahu semua mematuhi SOP kami semasa menaiki feri demi keselamatan mereka. Selain memotong barisan satu lagi kebimbangan kami adalah keengganan pengguna feri menggunakan jaket keselamatan yang disediakan ketika mereka berada di atas feri.

“Alasan mereka biasanya adalah mereka tidak mahu jaket yang selalunya dikongsi atau kotor. Namun hakikatnya ia sentiasa dibersihkan oleh pekerja kami,” katanya sambil menambah bahawa jaket itu sangat penting untuk menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Richard berkata orang ramai boleh memilih untuk membawa jaket mereka sendiri atau mereka boleh membeli jaket berharga RM35 di feri.

“Kami juga menghadapi satu lagi masalah iaitu kehilangan jaket. Seorang pengusaha feri menganggarkan dia kehilangan kira-kira 200 jaket setiap bulan.Kami berharap dengan mendapatkan perkhidmatan syarikat keselamatan kami dapat menamatkan atau meminimumkan semua masalah ini," tegasnya.

Mengenai isu keselamatan operasi harian feri, Richard berkata JKR telah mencadangkan untuk mewujudkan kawasan zon larangan atau zon operasi feri.

Beliau berkata, nelayan tempatan lebih cenderung menangkap ikan berhampiran kawasan operasi kerana keadaan yang sangat baik iaitu air sungai bertemu dengan air laut yang telah menarik ikan.

Beliau berkata terdapat satu kejadian pada Julai 2018 di mana pukat mereka telah terjerat dalam kipas feri.

"Kami bukan mahu menghalang mereka daripada menangkap ikan tetapi mereka mesti mengikut peraturan. Keselamatan awam apabila menggunakan mana-mana feri boleh terjejas dan kita pastinya tidak mahu perkara ini berlaku.

“JKR berharap zon operasi feri ini diwartakan agar dapat dikuatkuasakan namun sebelum melaksanakan ia kita akan mengadakan dialog melibatkan nelayan, wakil rakyat kawasan dan ketua masyarakat,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.304230 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list