View: 872|Reply: 10
|
Jangka Hayat Manusia Boleh Diramal Hanya Dengan Imbasan Retina?
[Copy link]
|
|
Sekumpulan penyelidik di Australia mencipta program berteknologi kepintaran buatan (AI) baharu bertujuan untuk meramal jangka hayat manusia dengan menggunakan pengimbas retina.
kredit foto: eye center for Colorado Springs
Menurut Kosmo, dalam penyelidikan yang diterbitkan Journal of Ophthalmology Britain, saintis mendakwa retina mata manusia berfungsi sebagai "jendela" yang membolehkan mereka melihat dengan lebih mendalam tentang keadaan kesihatan seseorang.
Kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mata Melbourne atau nama lainnya The Centre for Eye Research Australia (CERA) mendakwa algoritma AI boleh meramal usia retina secara tepat.
Malah, mereka boleh menganalisis hampir 19,000 imbasan fundus iaitu kawasan belakang mata di mana terletaknya retina.
kredit foto: Greenwich time
Menurut hasil kajian Dr Mingguang He yang merupakan seorang profesor epidemiologi oftalmik di Universiti Melbourne dan Pusat Penyelidikan Mata di Australia, Retina menjadi "jendela" yang unik dan boleh diakses untuk menilai punca serta mengesan sesuatu penyakit berkaitan saluran darah dan saraf yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian.
Sebanyak 130,000 sampel penyelidikan diambil daripada 500,00 responden berusia antara 40 tahun hingga 69 tahun yang menyertai kajian itu dari UK Biobank, Britain.
Kajian sama turut mendapati berlakunya peningkatan risiko punca kematian sebanyak dua peratus pada setiap satu tahun perbezaan usia sebenar dan usia yang boleh dibaca dengan melihat retina mata.
Ada sesiapa mahu mencuba ujian ini? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Retina Display tersenyum sinis
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ini udah literally eye is the window to one's soul kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dont look up |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada kan pengamal Perubatan alternative kesan penyakit melalui retina. |
|
|
|
|
|
|
|
Benda yang sama diagnos guna tapak tangan, kepala dll. Sebab hujung saraf kita dekat situ |
|
|
|
|
|
|
|
keane.somewhere replied at 22-1-2022 04:59 PM
Benda yang sama diagnos guna tapak tangan, kepala dll. Sebab hujung saraf kita dekat situ
Dilarang menilik nasib |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu mlm mana tah check penyakit melalui retina. Iols rasa krik krik bila budak tu check mata iols. Entah reti ke tak reti budak ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak tahu hari ini nyawa u last ke tidak check denyutan jantung. normal 60 bpm. |
|
|
|
|
|
|
|
Hurmm kalau tau bila nak mati takutnyaaa tp taktau pun takut jug |
|
|
|
|
|
|
| |
|