rasanya hukum dia sunat kot kaka... ni haa pejabat mufti wilayah ada sebut...
Hukum Menghadiri Jemputan Walimah Menurut para ulama’ mazhab Syafi’e, hukum menghadiri jemputan walimah non-Muslim ialah sunat sekiranya jemputan itu datang daripada kaum keluarga dan jiran tetangga atau jika kehadiran kita akan memberi manfaat kepada dakwah Islam. (Rujuk: Nihayatul Muhtaj, 6/371; I’anatu at-Thalibin, 3/408; Muhammad ibn ‘Umar as-Syathiri, 2015, Syarh al-Yaqut an-Nafis, Beirut: Darul Minhaj, hal. 600 dan Muhammad az-Zuhaily, 2015, Al-Mu’tamad fil Fiqh as-Syafi’e, Damshik: Darul Qalam, Cetakan Kelima, 4/77) Ini juga dipersetujui oleh Imam al-Mardawi dari mazhab Hanbali, yang turut menyebut akan keharusan menghadiri walimah non-Muslim dengan memetik pandangan Imam Ahmad dan Ibn Qudamah. (Rujuk Al-Insaf, 8/320)
tapi yang ND ni berlakonnn jerrr soo iols pun taktau... katanya makruh jer...
|