CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Sabah] Suami tikam isteri gara-gara tidak dapat beli dadah

[Copy link]
Post time 21-1-2022 03:00 PM | Show all posts |Read mode


DITAHAN: Suspek yang ditahan polis selepas menyerah diri.

LAHAD DATU: Seorang suami sanggup menikam isterinya sehingga cedera selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah di Kampung Tanjung Labian, di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek dipercayai berang kerana isterinya (mangsa) enggan memberikannya wang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten komisioner Rohan Shah Ahmad berkata mangsa yang merupakan suri rumah berumur 21 tahun itu cedera di bahagian lengan tangan kanan akibat ditikam suspek.

Katanya, suspek berumur 25 tahun dalam keadaan marah bertindak menikam mangsa menggunakan gunting kerana tidak diberikan wang untuk mendapatkan bekalan dadah.
“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Desa Kencana dan menerima tiga jahitan daripada kecederaan yang dialami.  

“Suspek kemudiannya datang ke Balai Polis Desa Kencana pada keesokkan harinya jam 12.30 tengah hari untuk menyerah diri,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 10 tahun dengan denda ataupun disebat.

Terdahulu, pasang suami isteri berkenaan telah mendirikan rumahtangga selama lima tahun dan mempunyai dua orang anak berumur 2 dan 3 tahun.


utusanborneo.com.my/2022/01/21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052275 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list