CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 5

Janna Nick perlahankan kerjaya seni sebab fokus.....

[Copy link]
Post time 21-1-2022 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Beri tumpuan pada kesihatan mental, Janna Nick perlahankan kerjaya seni


Janna Nick. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali


Kuala Lumpur: Menginjak usia 27 tahun, pelakon dan pengacara popular, Janna Nick merancang untuk memperlahankan kerjaya seninya bagi memberi keutamaan terhadap kesihatan mentalnya.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, kerjaya sebagai pelakon membataskan dirinya untuk mengambil ubat anti kemurungan yang disarankan doktor secara konsisten.

"Saya pernah berkongsi mengenai ubat anti kemurungan ini yang mana membuatkan saya kurang beremosi. Jadi, saya berhenti mengambilnya seketika kerana perlu menjiwai watak lakonan.

"Tugas sebagai pelakon memerlukan saya untuk mendalami watak yang diberikan sepenuh perasaan. Jadi, hal itu tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya saya mengambil ubat berkenaan.

"Jadi, saya memilih untuk memperlahankan kerjaya seni dengan bergerak aktif di belakang tabir contohnya di bangku pengarah dan mewujudkan pengurusan artis di bawah jenama saya sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Janna, kesungguhan mahu menunaikan tanggungjawab di lokasi penggambaran, dia sanggup mengelak untuk mengambil pil anti kemurungan yang dibekalkan doktor.

Terdahulu, pada April tahun lalu, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu membuat pendedahan mengejutkan mengenai masalah gangguan bipolar yang dihidapinya.

Gangguan mental yang dialami itu juga hampir meragut nyawa apabila Janna pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri pada usia 14 dan 15 tahun.

"Saya tahu ada pihak yang menganggap perkara ini sebagai bahan jenaka atau sekadar 'content', namun penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.

"Hanya mereka yang mengalaminya saja tahu sama ada penyakit ini berbahaya atau tidak. Jadi, saya menyerahkan kepada mereka di luar sana untuk membuat penilaian tersendiri. Tahun ini saya memilih untuk mengutamakan kesihatan mental daripada melayan komen nakal netizen," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... hankan-kerjaya-seni

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kata dah nikah.


Ke sekarang dah berisi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:45 PM | Show all posts
patutnya dr dulu lagi kena berehat....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah ko berambus terus
Drama bodoh shakira jadah tu akak saja bukak tv lps blk keje hari tu
Pastu tetibe dgr ada org jerit BAGI BALIK KOPI AKUUUUU!!!!! jerit yg super annoying ya
Skali tgk kat tv, hel elleh..betina ni belakon rupanya
Terus aku katup tv.
Eh babi la drama ko tu jenah...stakat kopi pun ko nak gaduh besar dgn stranger dlm drama tu. Ko belakon pun tak bagus mana pun..x best pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lenyap terus pon takpe, tak rugi pun. Bukan berbakat mana pon si betina gemok ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:55 PM | Show all posts
cukup2 mata aku didera masa pkp. bukak2 crite janna. pastu ulang tayang lagi cerita janna zaman tok kadok. die pon da debab. berlakon kalau tak menjerit, bukan die la. Aduhhh. dah la claim artis paling popular tapi ramai je nyampah ke die.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110133 Replies : 7024
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 7224 Replies : 26
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33990 Replies : 70
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33439 Replies : 18
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 94172 Replies : 3669
...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
seribulan...farewell 2023...MANTRA FOR 2024...
Views : 14084 Replies : 31
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 28120 Replies : 71
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73957 Replies : 692
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72106 Replies : 767
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7223 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.036014 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list