View: 1399|Reply: 15
|
Rambut Kerinting, Badan Berisi- Vanessa Reynauld Jadi Mangsa Buli Sejak Kecil, Trauma Pergi Sekolah
[Copy link]
|
|
Berambut kerinting dan memiliki tubuh badan yang sedikit berisi, penyanyi Vanessa Reynauld mengakui sering menjadi mangsa buli sejak di awal usia kanak-kanak lagi.
Menurut Vanessa, 21, dia pernah berdepan trauma yang teruk dan takut untuk ke sekolah kerana bimbang dengan layanan buruk daripada rakan-rakan.
Foto: IG
"Gemuk, buruk, kecil, tak lawa, kurus kering, besar, hitam... golongan seperti ini selalu jadi bahan jenaka dan mangsa buli! Tanpa kita sedar body shaming boleh memberi kesan kepada kehidupan seseorang, ada orang sampai hadapi masalah mental dan bunuh diri.
"Saya tak selalu berkongsi mengenai perkara ini tetapi orang selalu nampak saya senyum dan yakin atas pentas, sebenarnya ada sisi kehidupan yang orang tak tahu. Sejak kecil lagi saya selalu kena ejek sampai pernah rasa takut dan trauma pergi sekolah.
"Ada yang samakan saya dengan suku kaum dan etnik tertentu hanya kerana rambut afro semulajadi saya yang cantik ni. Hey, kalau nak buat di salun mahal tau. Walaupun saya masih lagi terima kecaman tentang penampilan, ia tidak seburuk dahulu kerana saya dah pandai untuk mengendalikannya," katanya.
Penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa duet bersama Naqiu ini berkongsi mengenai luahan hatinya itu menerusi Instastory pada Khamis.
Enggan menjadikan hinaan itu sebagai penghalang untuk berjaya, Vanessa berkata dia sentiasa berfikiran positif dan kuat berdepan ujian berkenaan.
Dia mengakui mengambil kekuatan abangnya yang menghidap sindrom down sebagai pembakar semangat untuk terus mara ke depan.
"Daripada program Ceria Popstar hingga ke pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 36, walaupun tidak berjaya ke peringkat akhir, perjalanan ini sangat panjang dan mencabar... walaupun saya pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, tetapi memang susah nak dapatkan penghargaan orang ramai. Tapi tak mengapa, saya tak pernah kecewa kerana ini apa yang saya impikan.
"Saya takkan biar komen negatif melemahkan saya. Saya kuat kerana keluarga. Saya berjanji untuk memberikan mereka kehidupan yang selesa, terutamanya kepada abang saya, Christopher. Abang saya insan istimewa, dia menghidap sindrom down. Dia memang bergantung harap kepada orang lain jadi sayalah yang menjaganya setiap hari, memberi dia makan dan mandikan dia.
"Christopher adalah cinta sejati kami sekeluarga. Dia buat saya rasa sempurna. Sasaran saya setiap tahun adalah untuk menjadi penyanyi yang disegani, jadi satu hari nanti saya boleh sediakan keperluan abang saya.
"Walau apa halangan yang saya harus hadapi, saya tak pernah menyerah kalah kerana dia adalah sumber keyakinan dan kesempurnaan saya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Vanessa turut meluahkan rasa teruja kerana wajahnya dipilih untuk dipaparkan di papan iklan digital terkemuka New York Times Square, Amerika Syarikat bersempena kempen Equal-Spotify.
Dalam perkembangan lain, Vanessa bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Buat Ku Sempurna pada 28 Januari ini.
Single yang diterbitkan oleh Adib Hussin ini dicipta oleh Faizal Tahir bersama Mage dan ia merupakan dedikasi khas Vanessa untuk abangnya, Christopher. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik rambut dia keriting halus. Unik dan rare. Betul dia kata kalau nak buat di salon mahal. Siapa yg dianugerahkan rambut keriting beruntung dan bersyukur lah. |
|
|
|
|
|
|
|
weiii mahal seyhhh nak maintain rambut mcm nie walaupun born with it.. kalo x diminyakkan senang senang clumping... anak my fwend rambut mcm nie mak dia rajin ler condition kan rambut anak dia.. nak murah pakai ler minyak kelapa or zaitun so paham paham aje la baunye.. nak wangi wangi shomel mahal ler barangannye.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa kot rambut...kalau budak2 ada rambut jenis ni...mau aku rasa nak picit2...cute ya amat...walaupun kullit gelap...
aku suka tgk rambut org gini....hahaha..
mahal ni klu nak buat kat salon...
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng aweera slang selenger ni..no wonder sampai lani si weera very the low self esteem |
|
|
|
|
|
|
|
Bg aku vanessa ni sgt cantik..ngn suara sedapnya..you are just perfect just the way you are..stay calm n chin up yach! |
|
|
|
|
|
|
|
kedai rambut dulu2 semua tulis kedai keriting rambut..ahsoh2 paling rajin nak perm rambut lurus theyols...takde sapa sibuk nak luruskan rambut pun, ni semua starting early 2000 nya style.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik!! you do you gurll |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka je dia ni
Cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik OK rambut kerinting.. |
|
|
|
|
|
|
|
janji bakat sheolss bertiang2 mengalahkan retis bbnu suara chipmunk yach...
cumanya sian dia kena hadapi semua tu... memang tengok pada paras rupa dia memang cenderung untuk kena buli... tapi iols yakin sebab sheols gemuk... sheols power... lain kali duduk je atas tengkuk pembuli2 tu bagi patah... kalau iols dah lompat dah atas seko2 tu... biar la mampos anak orang2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Halah yg kecam tu jenis kampung, kepam dan kalau putih pun konpem jenis pakai produk nipiskan kulit muka jadi merah bila kena panas, berkilat macam marble kat rumah. Pastu yang kutuk tu pun set set pakai tudung
ada baju lengan panjang acah jaket, sebelah masuk dalam jeans, sebelah lagi keluarkan dari jeans. Jeans jenama mur mur. Dasar semikin tapi perasan lawa. Cantik lagi budak Vanessa ni |
|
|
|
|
|
|
|
ummah meleseis ni kalau tak body shaming, hina2 orang lain, bagi gelaran macam2 memang tak sah laaa.. memang ajaran dari kecik gamaknya. kecik2 sekolah rendah lagi mulut dah cap puaka hoiiii. bila dah besaq, lagi puaka puaka puaka puaka jahatnyaaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Aneem at 24-1-2022 03:20 PM
Kat malaysia ni kalau tak putih mcm tepung gomak, kau tak cukup cantik katanya waima kau putih sbb cocok vit c.
Walhal kulit gini la yg cantik flawless.
Kwn aku takde masalah pigmentation wpun dh masuk 40 compare tu org kulit cerah.
|
|
|
|
|
|
|
|
miu84 replied at 22-1-2022 05:55 AM
Halah yg kecam tu jenis kampung, kepam dan kalau putih pun konpem jenis pakai produk nipiskan kulit ...
Tambahan, 24 jam buat content merapu, upload gambau kat socmed, padahal bilik kat gumah kemain berkepau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|