CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2326|Reply: 21

Tudung Bukan Uniform, Kehadiran Sekolah Tak Dikira Kalau Tak Cabut

[Copy link]
Post time 21-1-2022 06:39 AM | Show all posts |Read mode
“Sila keluar”. Itu kata-kata dilemparkan seorang guru terhadap pelajar beragama Islam sejurus melangkah ke dalam kelas di Kolej Kerajaan Pra-Univerisiti  di Udupi, Karnataka, selatan India, Disember lalu.


A H Almas, 18, dihalau bukan kerana melakukan kesalahan seperti datang lewat ataupun tidak menyiapkan tugasan, sebaliknya hanya kerana memakai tudung ke sekolah.




Kredit foto: Al Jazeera




“Semasa kami berada di pintu kelas, guru tersebut mengarahkan kami tidak boleh memasuki kelas disebabkan memakai tudung.


“Guru itu sebaliknya menyuruh saya menanggalkan tudung,” luahnya kepada al-Jazeera.


Sejak peristiwa itu, sekumpulan enam pelajar Muslim dari kolej wanita kelolaan Kerajaan Negeri Karnataka di daerah Udupi dipaksa duduk di luar kelas atas alasan pihak pentadbiran menetapkan tudung bukan sebahagian daripada uniform sekolah.


Golongan pelajar itu memberitahu tudung adalah ‘sebahagian bukti keimanan’ mereka dan pemakaian tersebut ‘terjamin di bawah undang-undang’.


Walaupun diasak dengan pelbagai ‘taktik tekanan’ oleh pihak pentadbiran kolej supaya mereka mengalah, namun, mereka tetap dengan pendirian untuk kekal bertudung.


Lantaran itu, kesemua pelajar itu dihukum dengan dianggap tidak hadir ke sekolah sejak 31 Disember lalu, walaupun mereka sebenarnya hadir setiap hari.




Kredit foto: Al Jazeera




Situasi itu menimbulkan keresahan kepada mereka kerana peratusan kehadiran boleh menjejaskan peluang menduduki peperiksaan.


Aliya Assadi berkata, dia tidak akan berganjak dengan pendiriannya untuk terus bertudung ke sekolah.


“Duduk di luar kelas sepanjang hari bukan sesuatu yang menyenangkan dan selesa untuk dibuat.


“Guru dan pelajar lain mengejek kami dengan mempersoalkan masalah sekiranya menanggalkan tudung.


“Kenapa tidak ikut sahaja peraturan kolej? Persoalan mereka itu menyebabkan salah seorang daripada kami jatuh sakit akibat penyeksaan mental,” katanya.






GAMBAR pelajar Muslim bertudung yang dihalau keluar dari kelas tular dalam media sosial.-al-Jazeera


Bagi pelajar lain, Muskan Zainab, walaupun dia berusaha menentang arahan tersebut, namun dia diugut oleh pengetua dan guru lain dengan memberitahu perkara itu akan menjejaskan karier mereka pada masa depan.


Muskan berkata, dia berasa gembira apabila ‘seluruh dunia’ melihat mereka dipaksa duduk di luar kelas sekali gus menyebabkan arahan pihak kolej menjadi sangat lemah.


Bagaimanapun, tindakan pelajar itu mempertahankan hak asasi dan beragama mereka berdepan diskriminasi, penghinaan serta tentangan hebat.


Sementara itu, pengetua kolej itu, Rudre Gowda menjelaskan pihaknya tidak membenarkan pelajar tersebut memakai tudung di dalam kelas kerana ‘bukan sebahagian daripada uniform sekolah’.


Katanya, pihak kolej hanya mengikut arahan yang dikeluarkan pihak Kementerian Pendidikan India.


Larangan bertudung menimbulkan kemarahan di seluruh India apabila kumpulan hak asasi dan pelajar mendakwa pentadbiran kolej berat sebelah terhadap kumpulan minoriti Muslim.




Kredit foto: Al Jazeera




Setiausaha Gerakan Persaudaraan di New Delhi, Afreen Fatima menegaskan pihaknya menyokong sepenuhnya kumpulan pelajar berkenaan.


“Kami tuntut pihak pentadbiran yang menghalang pelajar beragama Islam bertudung digantung serta merta.


“Mereka sepatutnya dibenarkan memasuki kelas dengan memakai hijab kerana ia adalah maruah diri dan penghormatan. Tindakan tersebut jelas adalah Islamophobia dan apartheid,” tegasnya.


Karnataka ditadbir oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mewakili parti politik Bharatiya Janata (BJP).


Sejak bertahun-tahun dahulu, Karnataka menyaksikan peningkatan kontroversi melibatkan nasionalis Hindu yang menyasarkan kumpulan minoriti agama di negara itu, terutamanya Islam dan Kristian.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 07:18 AM | Show all posts
Ya Allah! ko bantulah hamba2 Mu yg dianiaya ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:42 AM | Show all posts
india ni jauh lagi dari hak asasi..hak dia je yg penting,hak org lain x penting
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 21-1-2022 07:42 AM
india ni jauh lagi dari hak asasi..hak dia je yg penting,hak org lain x penting

+ hak lembu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sini bebas bina tokong..takde pun kena tindas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:27 AM | Show all posts
hak hindu ja penting, kalau tak boleh bertudung, cikgu,murid lain sepatutnya tak boleh pakai tangkal depa tu, lambang sahib, pastu calit kat dahi tu, jgn pakai.. barula adil.. mmg jijik perangai india ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 21-1-2022 07:42 AM
india ni jauh lagi dari hak asasi..hak dia je yg penting,hak org lain x penting

Apa nak heran. Hak orang tak sama kasta pun tak penting. Padehal sama2 keling.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara di Malaysia, retis2 berlumba lumba nk cabut tudung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kene betegas cm kaum Sikh..pakai turban.xde sapa marah u7
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 09:29 AM | Show all posts

Alim Ulamak

Last2 kata tudong takyah pake sebab ikot skrip yahood lehnat..

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 09:38 AM | Show all posts
Sementara itu di Malaysia, kaum pendatang India dengan selesa telah berjaya membina ribuan lagi kuil haaram di mana-mana sesuka hati mereka termasuk di dalam gua dan pokok-pokok besar atas dasar meraikan kemajmukan rakyot di tanah air. Sekian dari saya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:38 AM | Show all posts
Shazid: Ya Allah! ko bantulah hamba2 Mu yg dianiaya ni


Amin yra.. moga yg baik2 sentiasa disisi kita dgn rahmat Allah swt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 21-1-2022 08:32 AM
Sementara di Malaysia, retis2 berlumba lumba nk cabut tudung.

TH plk x bagi pkai kopiah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Shazid replied at 21-1-2022 07:18 AM
Ya Allah! ko bantulah hamba2 Mu yg dianiaya ni

Aamin ya Rabbil Alamin
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa le yg org takut sgt dgn pemakaian tudung ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 12:17 PM | Show all posts
aku ingatkan kes budak sekolah rendah atau sekolah menengah, rupanya dah level universiti dah..

jaman aku study, dari hat berniqab ninja sampai ke amoi low cut jeans nampak montot semua lepas masuk kelas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini tanah ketuanan Hindu ye. Ingat, Hindu igama rasmi. Tak suka sila berambus ke negeri Arob.

(lobai Pukida versi hindu)
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pekanwoohoo replied at 21-1-2022 09:38 AM
Sementara itu di Malaysia, kaum pendatang India dengan selesa telah berjaya membina ribuan lagi kuil ...

Dah koliang tak dapat apa2 dari DEB, buat kuil lah depa. Salah kita lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 21-1-2022 07:42 AM
india ni jauh lagi dari hak asasi..hak dia je yg penting,hak org lain x penting

Yepppp.. dtg merempat sini pandai dok kata kita racistlaa bla blaa.. tp bg akulaa utk stodent tuu cabut ajelaa tudong.. once u dah dpt keje yg elok masa tuu pakai todong.. nak buek cmn against isle ni terlaluuu ramai.. even againnst isle ni dr golongan isle jugak pung ade.. belum lg dr lgbt nyaa.. foruner sini pun acah acah benci isle pun ramai pdhl dr negeri serambi.. puihh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 23-1-2022 12:44 PM

Kecik Msia ni tetap kami tadahkan...cuba kol ahli politik Msia dan bgtau..anda ditindas...kat sana(sambil nanges2)...mana la tau...boleh dpt IC tak pon PR dan dpt tawaran U(kelak) atas tajaan penuh.........cakap lu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.077039 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list