CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur kena lapan bulan akibat curi peti sejuk mini hotel

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:47 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Perbuatan seorang penganggur yang mencuri sebuah peti sejuk mini milik sebuah hotel di sini membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh, Alan Liu Soon Rong, 27, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah sebaik pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, pemuda dari Sibu itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 13 Januari lalu, jam lebih kurang 2.30 petang di sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.

Mengikut keterangan kes, pengadu yang merupakan pekerja hotel membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada pagi 14 Januari lalu, susulan terdapat laporan mengenai kehilangan sebuah peti sejuk mini yang berlaku pada hari sebelumnya.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, pengadu mendapati tertuduh masuk ke dalam kawasan ruang punggah hotel dan mengambil peti sejuk mini berkenaan.

Pada 14 Januari juga, tertuduh memasuki kawasan hotel dan didapati sedang menyelongkar tong sampah di sana.

Pengadu seterusnya bergegas ke tempat kejadian dan menyoal tertuduh mengenai kehilangan peti sejuk mini berkenaan.

Tertuduh mengaku telah mengambil barangan tersebut dan susulan itu, pengadu menahan tertuduh serta membawanya ke balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, mahkamah ketika menjatuhkan hukum memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh dikuatkuasakan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 14 Januari lalu.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang di hadapan Majistret Zaiton Anuar.


utusanborneo.com.my/2022/01/19
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.470028 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list