CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 96|Reply: 0

[Sabah] Tiga jalan ditutup sementara sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2022

[Copy link]
Post time 20-1-2022 08:03 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan penutupan jalan sementara bagi memberi laluan kepada penganjuran acara Karnival Tahun Baharu Cina 2022.

Mayor DBKK Datuk Noorliza Awang Alip berkata, karnival berkenaan akan diadakan bermula 22 Januari hingga 29 Januari ini di Jalan Gaya, Jalan Bandaraya dan Taman Poket di sini.

Katanya, sepanjang tempoh penganjuran karnival itu, beberapa kawasan sekitar termasuk tapak parkir di Taman Poket akan ditutup sementara bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam untuk kelancaran laluan trafik.

Menurutnya, penutupan sementara Jalan Gaya membabitkan Blok A hingga Blok C (dari Agro Bank hingga RHB Bank) dan Jalan Bandaran untuk digunakan sebagai aktiviti-aktiviti Karnival Tahun Baharu Cina termasuk gerai jualan di Jalan Gaya.

"DBKK turut mengundang kepada orang awam yang berminat untuk menjalankan perniagaan semasa karnival ini berlangsung untuk mendapatkan borang permohonan di Kaunter Jabatan Pelesenan DBKK pada waktu pejabat.

"Lokasi gerai jualan yang dibuka di Blok A dan Blok B Jalan Gaya adalah untuk penjaja Pasar Malam Api-Api manakala Blok C, Blok D dan Lintasan Deasoka akan dibuka untuk orang ramai yang berminat," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kerjasama orang awam khususnya pengusaha kedai di kawasan jalan yang terlibat diminta untuk mengosongkan kawasan parkir di Jalan Gaya, Jalan Bandaran dan Taman Poket bagi memberi laluan kepada acara itu.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota penguat kuasa yang bertugas dan menggunakan jalan alternatif serta tempat parkir awam berhampiran sepanjang tempoh penutupan jalan sementara itu bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik.


utusanborneo.com.my/2022/01/20
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.266412 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list