View: 1243|Reply: 6
|
Kawan Baik Bangsa Cina Teruja Pertama Kali Pakai Tudung, Siap Bebel Tak Sesuai Lengan Pendek
[Copy link]
|
|
Tiga hari yang lepas, Nurhayati ada membuat prank di mana kononnya dia menyatakan mahu membuka tudung di hadapan pengikut untuk content terbarunya.
Tetapi dengan tegasnya, perkara itu dihalang oleh Wawa iaitu rakan baik Nurhayati. Wawa siap bagi ‘tazkirah’ lagi diberikan kepadanya. Selain memuji Nurhayati lebih cantik bertudung, dia juga ‘membebel’ tentang sakitnya api neraka bagi orang yang melakukan dosa.
Video tersebut telah ditonton sebanyak 26 ribu netizen dan semalam, Wawa tertarik dengan cadangan netizen untuk beri peluang kepada Wawa cuba menyarung hijab.
Tidak sangka bahawa Wawa bersetuju untuk memakai tudung dan ternyata dia kelihatan sangat teruja untuk memakai hijab buat kali yang pertama. Paling tak sangka selepas menyarung tudung itu, Wawa malu dengan dirinya kerana memakai baju lengan pendek, katanya tidak menutup aurat. Selepas pinjam baju Nurhayati, ternyata imejnya bertudung cukup manis sekali.
Melihat ke ruangan komen kelihatan ramai netizen bukan setakat memuji penampilannya selepas bertudung tampak lebih cantik dan muda, bahkan netizen juga memandang tinggi kepada pengetahuan Wawa tentang aspek pemakaian wanita beragama Islam juga sangat luas.
Marilah kita sama-sama mendoakan supaya Wawa kekal menjadi seorang rakan yang baik dan dapat menegur kita seandainya kita lupa dan alpa. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya la kawan dia ni haha |
|
|
|
|
|
|
|
Comey si wawa ni pakai tudung..semoga diberi hidayah 1 hari nanti |
|
|
|
|
|
|
|
best ada bff nie.. mcm kwn ktorg.. rindu nye.. thn nie x jmp lg nk gathering.. bln 12 hr tu masing2 kna covid.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakai lengan pendek kenapa tak pakai seluar pendek, apa bezanya ? |
|
|
|
|
|
|
|
Berjenis la sikit dr dok buat slang siam mcm betina bangang meleweh |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok dapat kawan dari berlainan bangsa dan agama |
|
|
|
|
|
|
| |
|