CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 2

[SEJARAH] Misteri Piramid Di Kepulauan Nusantara

[Copy link]
Post time 20-1-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Piramid Di Kepulauan Nusantara




Seperti yang kita tahu piramid adalah bangunan yang dibina oleh orang dahulu bagi tujuan keagamaan dan ritual pengkebumian. Antara Piramid yang terkenal adalah Piramid Giza di Mesir, Piramid Suku Aztec dan beberapa lagi. Namun tahukah anda di Nusantara juga ada penemuan piramid purba yang tidak kurang hebatnya. Piramid ini letaknya di Gunung Padang, Indonesia (bentuk piramid ini membentuk gunung).




Pertama kali ditemukan oleh wartawan  Belanda, Van De Oudheidkundige Dienst pada tahun 1914. Gunung Padang lebih dikenali dengan nama "Millennia" oleh penduduk tematan.
Lokasinya berada di kampung Karyamukti, Cianjur, Daerah Jawa Barat, Indonesia. Dan bangunan piramid ini dideskripsikan sebagai megalitik tertua di Asia Tenggara.




Walaupun pada awalnya nampak seperti bangunan kuno biasa. Namun pada lapisan permukaannya penuh dengan batu vulkanik yang disusun menjadi sebuah bangunan. Dan masyarakat tempatan mengungkapkan bahawa lokasi tersebut merupakan lokasi yang sangat keramat dan suci (sama ciri seperti tamadun mesir purba).




Gunung Padang adalah sebuah piramid tertua di dunia saat ini yang berjaya ditemukan. Satu dari beberapa piramid yang ditemukan di Asia Tenggara (dipercayai di nusantara terdapat lebih banyak lagi). Piramid purbakala ini ditemukan memiliki lorong-lorong yang tersembunyi di bawah permukaan bangunan namun tersorok  selama berabad-abad kerana proses semulajadi.
Penelitian Radiometric dan Geoelectric dilakukan pada tahun 2012, dan hasilnya telah dipastikan bahawa Piramid purbakala Gunung Padang tidak hanya berada di atas bukit saja, namun mencakupi seluruh bukitnya.


Berdasarkan hasil analisa sampel dari bukit dan struktur bangunan, terungkap bahawa Piramid Gunung Padang adalah bangunan purbakala yang paling menakjubkan di dunia yang telah tersembunyi sekitar 10 000 tahun lamanya, dan menurut laporan ada menyebutkan  usia dari Piramida Gunung Padang sekitar 23 000 tahun. Angka ini tentunya sangat menakjubkan dan dapat dipastikan bahawa Piramid Gunung Padang adalah sebuah monumen kuno  antara yang tertua di  dunia saat ini.


Misteri yang menarik dari tapak Piramid Gunung Padang ini selain umurnya yang tua adalah ditemukan juga begitu banyak struktur yang terkubur dengan bahan sejenis simen yang telah digunakan sebagai bahan mortar atau pun semacam perekat di bahagian bahagian tertentu dari bangunan tersebut. Dimana  struktur bahan bangunannya terdiri dari 45 % biji besi, 41 % silika dan 14 % tanah liat. Dikatakan pula bahawa campuran ini memberikan lekatan yang sangat kuat dan tahan lama.

Ini merupakan bukti mengejutkan dari tingkat kecanggihan teknik bangunan pada masa itu.( sampel dihantar ke Laboratory, BETALAB, Miami, USA).
Salah seorang penulis Fortean terkenal, Graham Hancock, telah memberikan sebuah hipotesis yang menyatakan bahawa Gunung Padang memegang bukti penting mengenai "Kota Atlantis Yang Hilang".


Dalam artikelnya "Signs of The Times", Hancock menceritakan pengalaman dia dengan Danny Natawidjaja(PhD)., seorang ahli geologi senior dari Pusat Penelitian Geoteknologi di Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia. Mereka mengunjungi Gunung Padang dan membincangkan tentang kepentingan dari penemuan ini. Menurut Natawidjaja, monumen ini berumur lebih dari 22 000 tahun.


"Bukti geofisikal adalah jelas. Gunung Padang bukanlah sebuah bukit semulajadi, akan tetapi sebuah piramid buatan manusia dan asal-usul pembangunannya jauh sebelum akhir dari zaman ais yang terakhir. Ini adalah sebuah pekerjaan yang sukar bahkan pada proses yang paling rumit. hal ini menjadi hujah mengenai jenis kemampuan alatan canggih yang dikerahkan dalam masa pembangunannya, melampaui pembangunan piramid Mesir atau tapak megalitik terbesar di Eropah lainnya.

Saya dapat menyimpulkan bahawa kita sedang melihat suatu pekerjaan dari sebuah peradaban yang hilang dan yang cukup maju", ungkap Natawidjaja.
Hancock menyatakan bahawa sangat sulit untuk membantah apa yang telah diungkapkan oleh Dany Natawidjaja,selari dengan penelitian yang telah dilakukan bersama.


Sumber FB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 06:10 PM | Show all posts
piramid agong molyu yang memancarkan sinar plasma tv sbb weapom of mass destructiones
dijaga jin ifrit mengandungi timbunan emas raja2 ancient alien menunggu pewaris white spirtual boyyyyyyyy


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 10:50 AM | Show all posts
yg mitos pasal ade piramid kat dalam hutan pahang tu ade sesiapa bole sah kan ke.atau hanya cerita ceriti karut saja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.169307 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list