CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 4

[Tempatan] Identiti lelaki lolos diri sudah dikenal pasti

[Copy link]
Post time 19-1-2022 09:26 PM | Show all posts |Read mode

'Identiti lelaki lolos diri sudah dikenal pasti'[size=14.399999618530273px]

[size=14.399999618530273px]Oleh Hidayatidayu Razali - Januari 19, 2022 @ 8:10ambhnews@nstp.com.my








PASIR MAS: Seorang lelaki meloloskan diri selepas berlari lebih 500 meter di jalan raya, ketika mengelak daripada ditahan polis dalam kejadian dekat Kampung Gaung di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia 20-an terbabit meloloskan diri dengan memasuki semak terletak bersebelahan tempat kejadian.
Kejadian itu membawa kepada penularan satu klip video berdurasi 20 saat menerusi media sosial sejak malam tadi, memaparkan lelaki berkenaan sedang berlari sambil dikejar anggota polis trafik.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata lelaki berkenaan meloloskan diri dalam semak dan gerakan mengesannya sedang dijalankan kerana identitinya sudah dikenal pasti.

Katanya, sebelum kejadian itu, anggota polis trafik membuat penugasan pemeriksaan mengejut di lokasi sebelum menahan sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang.

"Ketika ditahan, pada mulanya ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 37 tahun itu memberi kerjasama, tetapi selepas diarahkan ke bahu jalan, kenderaan terbabit terus memecut laju, manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Bagaimanapun, seorang suspek berusia 37 tahun berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, dua lelaki iaitu pemandu, Mohamad Afiq Saiedi, 21, dan suspek yang berlari sambil dikejar anggota polis itu dikenali sebagai Mohd Naim Azmi beralamat Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah melarikan diri.

Mohd Nasaruddin berkata, saringan awal kencing terhadap suspek yang ditahan mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis Methaphetamine dan mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk berkaitan dadah.

"Suspek yang melarikan diri sudah dikenal pasti dan polis akan membuat tangkapan ke atas lelaki itu dengan kadar segera untuk siasatan mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis," katanya.

Tangkap layar video viral memaparkan seorang lelaki seorang berlari sambil dikejar anggota polis trafik sebelum meloloskan diri dalam semak dekat Kampung Gaung, Pasir Mas, semalam.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2022 09:27 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-1-2022 05:28 AM

Jauh polis tu kejar......



Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi viral la.  Senang cari.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak salah apa nak lari?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sek kito yang kena kejo tu lari macam kartun
Nasib baik kete yg lalu selow belaka
Kalu tak, tajuk berita dah jadi lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.056056 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list