CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 11

[Tempatan] Fitnah, Ketua Hakim Syarie saman Lokman Adam RM30 juta

  [Copy link]
Post time 19-1-2022 09:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-1-2022 01:21 PM

Fitnah, Ketua Hakim Syarie saman Lokman Adam RM30 juta

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... man-adam-rm30-juta/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
19 Januari 2022, 8:04 pm


Lokman (kiri) Mohd. Na’im (kanan)

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Syarie Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam bagi menuntut ganti rugi RM30 juta.

Saman fitnah itu berhubung beberapa hantaran di laman sosial membabitkan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang yang bergelar ‘Datin’.

Mohd. Na’im, 55, yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 17 Januari lalu dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan tunggal di Mahkamah Tinggi di sini.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Mohd. Na’im mendakwa defendan telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 10 Januari dan 13 Januari lalu.

Dakwa plaintif defendan juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya masing-masing selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadapnya di Facebook milik defendan

Kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin yang berkredibiliti dengan akhlak yang terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.

Mohd Na’im juga mendakwa siaran langsung dan hantaran itu telah tersebar kepada pihak ketiga kerana Facebook dan YouTube milik defendan dapat ditonton dan dikomen oleh masyarakat umum.

Ekoran kenyataan-kenyataan fitnah itu telah  menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, mencalarkan imej, menjatuhkan maruah dan merendahkan status plaintif di mata masyarakat.

Menurut plaintif, berikutan itu satu laporan polis telah dibuat pada 12 Disember tahun lalu bagi menafikan dakwaan dan tuduhan palsu ‘Datin’ berkenaan terhadapnya.

Dalam pada itu, plaintif juga turut membuat laporan polis terhadap Lokman agar pihak polis membuat siasatan terhadap defendan.

Plaintif berkata notis tuntutan bertarikh 13 Januari lepas dikeluarkan terhadap defendan supaya defendan menarik balik kenyataan fitnah serta memadamkan hantaran di Facebook selain membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

“Namun sehingga hari ini defendan tidak mengendahkan laporan polis dan notis tersebut,” kata plaintif yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi.

Justeru plaintif memohon suatu injunksi supaya defendan memadam video dan hantaran tersebut dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu selain permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik di media sosial.

Menerusi semakan mahkamah, permohonan injunksi itu akan didengar esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusoff manakala pengurusan kes pada 21 Februari ini. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukan heran kena saman.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah berbilion dah saman kat dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah-sudahlah tu, LA. Take a break... berikan tumpuan pada anak yang tengah sakit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kes hakim berbogel dalam bilik lepas mintak izin nak solat tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
neo_5050 replied at 19-1-2022 04:31 PM
Sudah-sudahlah tu, LA. Take a break... berikan tumpuan pada anak yang tengah sakit tu.

Anak dia sakit apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2022 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 20-1-2022 07:01 AM

Entahnya sudah2 la lokman, kau pun hoohah sana sini tak juga jadi menteri ke adun.  Datuk pun sulu punya. Ngaji pun tak tinggi. Dia ni i dengar masa dia sibuk ikut anwar dulu2 tu sampai masuk jel tu duk berpolitik sampai anak bini pertama makan pun tak de pinjam beras dgn kengkawan jiran.  Ex wife tgh pregnant time tu plak.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Lokman adam sapa pulak ni..nk bertanding pru kt?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah......
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:09 AM | Show all posts
ramai betul melayu berbogel sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:23 AM | Show all posts
ifanonline replied at 20-1-2022 09:09 AM
ramai betul melayu berbogel sekarang ni...

kesan pemanasan global.. perlu berbogel utk ventilation
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 11:46 AM | Show all posts
angelofish replied at 20-1-2022 12:41 AM
kes hakim berbogel dalam bilik lepas mintak izin nak solat tu ke?

ye tepat sekali x salah dah tu 100% btol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.067165 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list