CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 1

[Tempatan] Lebih 800,000 penjawat awam terdiri daripada golongan B40, di bawah garis kemiskinan.

[Copy link]
Post time 19-1-2022 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 19-1-2022 08:58 PM

PETALING JAYA: Lebih 800,000 penjawat awam di negara ini tergolong dalam kumpulan penerima gaji lebih rendah daripada Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) berikutan sistem penggajian dan saraan tidak dikaji dan distruktur semula sejak 2002.


Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata penjawat awam dengan gred lantikan 19 masih memperoleh pendapatan di bawah RM2,000 meskipun selepas menerima Bantuan Sara Hidup (COLA), Imbuhan Tetap Perumahan dan Elaun Khidmat Awam.


Berikutan itu, Adnan menggesa kerajaan untuk menyegerakan kajian semula terhadap sistem penggajian dan saraan kerana ia disifatkan sudah tidak relevan dengan kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung kini.


"Daripada 1.62 juta penjawat awam, lebih 800,000 daripadanya terdiri daripada golongan B40 iaitu mereka dengan gred 19 yang jika terlantik, gaji permulaan diterima hanyalah RM1,208.


"Jika ditambah COLA dan pelbagai elaun lagi, pendapatan mereka hanya mencecah RM1,950 dan ia masih di bawah PGK ditetapkan iaitu RM2,208 jadi kerajaan perlu segera ubah sistem penggajian dan saraan yang tidak relevan sekarang kerana sudah berlangsung selama 20 tahun.


"Gaji tidak naik menyebabkan kuasa membeli penjawat awam semakin mengecil sedangkan harga barang terus meningkat. Ini sememangnya memberi kesan kepada mereka," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah di Wisma Ungku A Aziz, di sini.


Antara agenda yang dibincangkan CUEPACS dan ANGKASA dalam mesyuarat itu termasuk kaedah yang boleh dimainkan koperasi bagi membantu penjawat awam untuk menghadapi kesan kenaikan kos sara hidup yang berlaku kini.


Adnan berkata, ANGKASA melalui pelbagai koperasi di bawahnya akan membekalkan lebih 100 barangan harian kepada penjawat awam di negara ini pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.


Pada masa sama, beliau juga menggesa supaya semua ketua perkhidmatan awam mengaktifkan koperasi dalaman dengan menyediakan ruang di setiap kementerian bagi membekalkan barangan keperluan asas kepada penjawat awam pada harga yang lebih murah.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913277/gaji-800000-penjawat-awam-lebih-rendah-daripada-pgk







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam dah nampak topik ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.047360 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list