CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1327|Reply: 1

[SEJARAH] Pusat Penyebaran Ilmu Terawal Sejak 1910, Masjid Pelangai Di Kuala Pilah ‘Terbuang Waktu’!

[Copy link]
Post time 19-1-2022 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Pusat Penyebaran Ilmu Terawal Sejak 1910, Masjid Pelangai Di Kuala Pilah ‘Terbuang Waktu’!


Di Negeri Sembilan pada tahun 1910, pernah wujud sebuah masjid yang cukup hebat kerana ia berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu yang terawal kepada orang-orang Melayu.

Masjid yang terletak di Kampung Pelangai Ulu, Kuala Pilah itu diusahakan ulama terhebat Negeri Sembilan, Lebai Maadah bin Layang sekali gus turut menjadi imam besar di situ.

Disebabkan luasnya ilmu dan pengalaman Lebai Maadah bin Layang, tokoh feminis, nasionalis dan pejuang Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka 1957, Shamsiah Fakeh (1924-2008) yang juga dikenali sebagai ‘Ratu Rimba Malaya’ pernah menuntut ilmu dunia dan akhirat di masjid ini.



Antara kehebatan masjid ini adalah mampu berfungsi sebagai pusat ilmu yang mengajar hal-hal yang berkait dengan bahasa Arab, tasawwuf, usuludin, sejarah tempatan dan sejarah dunia, pidato serta banyak lagi.

Namun demikian, masjid bersejarah ini bagaikan terbuang oleh waktu setelah pewarisnya, orang-orang yang menerima ilmu di situ tidak kembali mengimarahkannya.




Masjid yang penuh dengan nilai sejarah ini juga akhirnya tidak terlepas daripada menjadi mangsa zaman setelah tiada lagi sebarang kegiatan di masjid ini.

Tahun 2022 menyaksikan bangunan masjid ini tinggal 45 peratus masih dalam keadaan baik termasuk lantai manakala atap, dinding serta mimbar kebanyakannya sudah rosak.







Bagi pencinta sejarah, mereka berpendapat masjid ini seharusnya diselamatkan dan dibangunkan semula sebagai pusat ilmu seperti di Masjid Lama Kampung Terusan, Juasseh dan Masjid Kuala Serdang di negeri yang sama.


Sumber:https://demimalaiu.com/pusat-pen ... lah-terbuang-waktu/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 06:30 PM | Show all posts
Lebai MaadahDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.



Lebai Maadah atau nama penuhnya Muhammad Maadah bin Layang (1895-1943) merupakan pelapor fahaman Kaum Muda yang banyak membawa perubahan penting di Tanah Melayu dan dilaporkan pernah menjadi guru kepada Shamsiah Fakeh. Beliau lahir pada tahun 1895 di Kampung Jeram Tengkek, kira-kira 28 km dari Kuala Pilah.

Pembaharuan
Lebai Maadah bin Layang dianggap sebagai tokoh reformis kerana beliau membuktikan dalam masa 15 tahun kembali ke negara sendiri, beliau berjaya mencapai sesuatu. Berikut adalah beberapa pencapaian beliau:
  • Beliau merupakan tokoh pertama yang mendirikan sekolah Islam atau madrasah secara formal dan sistematik. Subjek-subjek di sekolah beliau merangkumi pelbagai subjek Islam dan termasuk bahasa Inggeris sebagai subjek tambahan.
  • Penterjemahan Quran beliau dibuat secara harfiyah dan ini terbukti berkesan untuk menguasai ilmu Quran dalam masa yang singkat.
  • Beliau membuka sekolahnya kepada pelajar lelaki dan perempuan tanpa membezakan antara jantina.
  • Beliau mempunyai visi melalui cita-citanya untuk mendirikan kolej pendidikan tinggi seperti Darul Ulum di India.
  • Pendekatan beliau dikatakan satu pembaharuan kerana beliau memperkenalkan pendekatan baru dalam pengambilan pelajar lelaki dan wanita juga dalam kaedah pembelajaran.

Karya
Di antara buku yang ditulis beliau adalah:
  • Kitab "Percubaan Tuhan" yang membicarakan tentang kepercayaan. Diterbitkan oleh The Teruna Press, Kuala Pilah, 1939 dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
  • "Urujul Akhwam" diterbitkan The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939.
  • "Persaudaraan" diterbitkan oleh The Mutbah Al-Zainiah, Bukit Mertajam, 1939.
  • "Suluh Tengkek" panduan syarahan Islam. Diterbitkan oleh The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.061161 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list