CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 777|Reply: 5

[Politik] 'Khairuddin masih ada jawatan dalam PAS'

  [Copy link]
Post time 19-1-2022 06:17 PM | Show all posts |Read mode
'Khairuddin masih ada jawatan dalam PAS'


Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Fail NSTP


PUTRAJAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang digugurkan daripada jawatan itu masih mempunyai kedudukan sebagai Setiausaha Majlis Syura.

Pengerusi Lajnah Dakwah PAS, Nasrudin Hassan, berkata perkhidmatan berkaitan dakwah tidak semestinya memerlukan jawatan kerana ia boleh dilaksanakan dalam pelbagai keadaan.

"Khairuddin masih boleh memperjuangkan usaha menyebar syariat Islam meskipun tidak memegang jawatan dalam parti.

"Sebagai Setiausaha Majlis Syura, banyak yang boleh dilakukan sebagai sumbangan ke arah memperkukuhkan agama dan perjuangan Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Kamarul Arief Tuan Soh.

Nasrudin yang juga Yang Dipertua YADIM berkata, pimpinan PAS mempunyai mesej jelas berhubung pengguguran Mohd Khairuddin.

Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS minggu lalu selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang dilaporkan berkata, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam PAS, termasuk yang diberhenti atau ditukarkan.

Pada muktamar PAS ke-67 November tahun lalu, Mohd Khairuddin antara tiga pemimpin tertinggi parti yang dilantik semula menduduki ahli jawatankuasa bagi sesi 2021-2023 selepas tewas pada pemilihan parti.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... a-jawatan-dalam-pas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pergi mustapa super spender ali ye?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:25 PM | Show all posts
Firenzza replied at 19-1-2022 07:59 PM
Mana pergi mustapa super spender ali ye?

lepas video seks dia bersama pelacur tersebar dia terus melarikan diri ke Vietnam
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:26 PM | Show all posts
ahli-ahli politik mmg bangang

paling xboleh blahhh bila menteri kewangan lantik cina DAP?????

menteri keselamatan lantik mat sabu???

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebal betul dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke tak yang gosip dengan Mawar tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051544 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list