Pengarah dan penerbit Radius One Production, Shahrulezad Mohameddin tampil memberi penjelasan selepas mendapat teguran dan kecaman mengenai kontennya di media sosial yang tidak selari dengan imej ditunjukkan di luar.
Kredit foto: IG Shahrulezad
Menerusi posting di Instagram, Shahrulezad memberitahu bahawa dia tidak melenting dengan teguran dan kecaman yang dilemparkan padanya dan sedar diri merupakan figura awam yang dikenali ramai.
Tambahnya lagi, dia akui bahawa dirinya bukanlah seorang yang baik atau terlalu alim dan tampil memohon maaf jika terdapat pihak yang masih keliru dengan postingnya di media sosial.
Walau bagaimanapun, pengarah dan penerbit ini memberitahu bahawa dia tidak menyalahkan pihak terlibat kerana memahami sikap segelintir pihak yang suka menilai dari luaran dan merasa terganggu dengan kekeliruan tersebut.
Sumber: Murai |