|
View: 1478|Reply: 15
|
“Kalau Takde Siapa Yang Punya, Kenapa Ada Notis Tuntutan? Siapa Yang Tuntut Balak Ni?"
[Copy link]
|
|
|
Susulan tular notis ‘kayu balak yang tidak dituntut’ dan gambar dipercayai berlaku di Karak, Bentong di laman sosial Facebook hari ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan ia merupakan sebahagian daripada prosedur pembersihan
Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, notis berkenaan dikeluarkan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong mengikut Prosedur pelupusan kayu-kayan yang dibenarkan berdasarkan peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.
Menurutnya, kayu balak tersebut merupakan kayu-kayu yang dihanyutkan banjir yang berlaku di Bentong pada 18 Disember tahun lalu.
 Kredit foto: FB Napsiah Khamis Maharan
“Arahan pembersihan dikeluarkan bagi tujuan mengumpulkan kayu-kayan yang hayut itu bagi menentukan nilaianya sebelum dilupuskan.
“Apa yang kita sedang lakukan ialah mengikut prosedur sebagaimana tatacara yang dibenarkan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
“Jadi, pembersihan di kawasan terlibat adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya kesan banjir kali kedua yang dijangka boleh menjejaskan lagi keadaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Hari ini, tular dua keping gambar notis tuntutan kayu balak tidak dituntut dengan satu status “Kalau takde sapa yang punya, Kenapa ada notis tuntutan? Siapa yang menuntut kayu-kayu balak ni? Siap label lagi jeng…jeng….jenggggggg”.
Status berkenaan tular di Facebook milik, Napsiah Khamis Marahan merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor.
Mengulas lanjut, Mohd. Hizamri berkata, notis awam yang dikeluarkan PHD Bentong itu adalah mengikut peruntukan undang-undang yang membenarkan pelupusan untuk kayu-kayan hanyut.
Katanya, ia terkandung di bawah Seksyen 76 Akta Perhutanan Negara 1984 yang berkaitan kayu tidak dituntut dan boleh diguna pakai dalam situasi yang berlaku di Bentong walaupun tiada pembalakan di kawasan terbabit.
 Kredit foto: FB Napsiah Khamis Maharan
“Sekiranya ada tuntutan, penuntut perlu mengemukakan bukti pemilikan kayu tersebut kepada jabatan,” katanya.
Namun, beliau berkata, JPNP boleh menolak tuntutan yang dibuat oleh pemilik kayu selepas membuat penilaian tertentu dengan merujuk kepada Seksyen 78(a) Akta Perhutanan Negara 1984.
“Sebaliknya masih tiada tuntutan berkaitan dengan pemilikan kayu hanyut tersebut, maka pemilikannya terletak kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk tujuan pelupusan,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
itu kalo..xde yg tuntut..yg boleh diguna pakai lg(diiktiraf oleh pakar).... bg jer la kt mana2 yg rmh mereka yg terjejas tuk 'becky' mana yg patut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tu depa kata bukan balak
terang2 kayu tu potong boeekkk punya
sial la hidup korang menyusahkan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmm...saper2 penrnah merasa banjir balak ni rsnya boleh sediakan chainsaw la....kasik potong balak2 ni ganti mcm tiang alang ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat balak boni kot... Adoilah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
acah-acah menyiasat
Malaysia dah tenat lah
tunggu berperang semula sahaja baru negara kita back to circle
mcm sekarang yg betul-betul hidup hanya marhaen
ko tengok anak mukhriz yg betina betina ....kerja selfie tunjuk tek saja
apa sumbangan pada negara
tokwan dgn bapak rembat kekayaan negara
semoga mampus membangkai dan harta kekayaan yg dicuri dirampas
semua taikun belaan tokwan dna ahli-ahli politik Melayu yg jadikan mrk kaya-raya xmasuk akal kekayaan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tanya dengkiker
Mnlah tau dia ada info  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa komen jabatan hutan yang nafi takda kes pembalakan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul, heran betul aku taikun2 kek melesia ni yg link dgn atok kekayaan luar biasa sungguhlah... nak buat camno, muntrik2 semua xde yg berguna, payun kunin kt sini pun xguna da kaya 100 keturunan pun masih lapar nk menarah xsudah2..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pak lobai pun goyang woooo dgn duit |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Balak tu potong diri sendiri kot? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dunia mmg tak adil. Yg jahat hidup senang lenang kaya raya. So sila jadi jahat |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|