CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kaedah bom air digunakan dalam operasi di tapak pelupusan sampah

[Copy link]
Post time 19-1-2022 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-1-2022 01:46 PM

Kaedah bom air digunakan dalam operasi di tapak pelupusan sampah
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 19 Januari 2022


Boon Poh (tengah) meninjau pusat operasi JPBM di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung.


NIBONG TEBAL - Operasi pemadaman api di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Jalan Byram di sini, diteruskan pada Rabu dengan bantuan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Exco Alam Sekitar dan Kebajikan, Phee Boon Poh berkata, kaedah bom air digunakan dalam operasi pemadaman api yang akan dilepaskan di lokasi titik panas berdasarkan termal imej dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).


"Helikopter JBPM yang berlepas dari Subang dijangka tiba di tapak pelupusan sampah itu jam 9 pagi.


Termal imej kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung yang dikeluarkan oleh JAS

"Seramai lapan anggota JBPM yang akan terlibat dengan operasi yang menggunakan helikopter pada pagi ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Boon Poh berkata, bagi melancarkan operasi berkenaan semua agensi atau penduduk tidak membuat sebarang penerbangan dron semasa unit udara bomba sedang melakukan penerbangan dan kerja-kerja operasi pemadaman.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Boon Poh berkata, sebanyak 10 keluarga yang tinggal berhampiran dengan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung telah dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak Ahad lalu.


Jelasnya, lapan orang termasuk seorang warga emas dan seorang bayi ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah manakala 36 orang termasuk tiga orang warga emas ditempatkan di PPS SK Saujana Indah.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ak-pelupusan-sampah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.184804 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list