CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 47|Reply: 0

[Sabah] Surau baharu untuk Kg. Sapat Papar

[Copy link]
Post time 19-1-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode


PAPAR: Hasil usaha Dato’ Armizan Mohd Ali (DARMA) Pengerusi Persatuan Setiakawan membawa cadangan kepada pihak berkaitan berkenaan keperluan membina satu surau baharu untuk Kg. Sapat, kerana surau dahulu musnah akibat kebakaran membuahkan hasil.



Yang Berhormat (YB) Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas telah turun padang dan telah memaklumkan Kerajaan Negeri melalui JHEAINS akan menyediakan peruntukan untuk pembinaan bangunan baharu bagi satu-satunya surau di Kg. Sapat, Papar yang telah musnah akibat kebakaran.



Buat sementara waktu, Bangunan Kelas KAFA bersebelahan akan digunakan untuk solat berjemaah para penduduk kampung. Agensi-agensi berkaitan (JHEAINS, MUIS, JKM dan Baitulmal) akan membantu penyediaan keperluan asas surau sementara tersebut.

Dalam lawatan semalam juga, MUIS dan Syarikat Sedafiat telah menyerahkan sumbangan awal kepada Jawatankuasa Surau. Armada BERSATU Bhg. Papar dan Pemuda PAS Kawasan Papar akan bergotong-royong membantu penduduk kampung untuk penyediaan surau sementara.

Dalam lawatan ke Papar semalam juga, YB Datuk Arifin dan rombongan juga telah singgah ke Pejabat Daerah Papar, Sek. Men. Agama Negeri (SMAN) Papar, Masjid Kg. Pengalat Besar Papar dan SMAN Toh Puan Hjh Rahmah Papar.

“Keprihatinan dan tindakan segera, sekalung penghargaan diucapkan buat YB Datuk Mohd dan para pimpinan agensi Kerajaan berkaitan iaitu MUIS, JHEAINS, Baitulmal dan JAKIM,” kata Armizan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 10:05 PM GMT+8 , Processed in 2.216504 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list