Semua wanita hamil yang bakal melahirkan pasti berdepan pelbagai ragam dari jururawat.
Biarpun ditegur dengan agak ‘pedas’, ibu-ibu akan cuba bersabar agar pemeriksaan kandungan mereka berjalan tanpa sebarang masalah.
Kredit foto: TikTok/Google
Inilah yang terjadi pada seorang ibu, di mana beliau berkongsikan kisahnya di platform TikTok ketika berdepan perangai seorang jururawat di sebuah klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan kandungannya.
Wanita ini mengakui berasa amat kecewa ketika berurusan dengan jururawat atau pegawai kesihatan yang didakwa bermulut ‘laser’.
"Sabar jelaa ibu-ibu yang pernah kena macam ni. Tak faham aku dengan sesetengah orang ni. Langsung tak rasa simpati sikit," tulisnya.
Video yang dikongsikan mendapat perhatian ramai terutamanya di kalangan ibu-ibu.
Susulan itu, wanita tersebut sempat membalas respons seorang ibu lain yang diperli jururawat serta menganggap hal tersebut agak keterlaluan apabila sudah menyentuh perihal hubungan suami isteri.
Kredit foto: TikTok
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet melepaskan geram dengan berkongsikan pengalaman masing-masing ketika berdepan situasi serupa.
Sumber: BeautifulNara/Kisah Dunia |