View: 1103|Reply: 15
|
[Tempatan]
Polis Kelantan serbu klinik swasta jual kad vaksin palsu. Murah je RM180 kerana tak update dalam MySejahtera.
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU - Polis Kelantan menyerbu sebuah klinik swasta di sini selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pada 16 Januari lalu, pihaknya menerima satu laporan mengenai pengeluaran kad vaksinasi dipercayai palsu.
“Berdasarkan laporan yang diterima, antara 1 Oktober 2021 hingga 11 Januari 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menerima empat aduan daripada sumber berbeza berkenaan pengeluaran kad vaksinasi disyaki palsu oleh sebuah klinik swasta.
Shafien Mamat - Foto Bernama
“Klinik berkenaan dipercayai di kawasan Kota Bharu dan mereka didakwa menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin dengan caj RM180 setiap suntikan.
“Hasil semakan lanjut oleh pihak JKNK mendapati empat individu yang dikatakan telah menerima vaksin tersebut tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Menurutnya, bertindak atas laporan polis yang dibuat, pihak polis bersama pegawai JKNK telah membuat serbuan ke atas klinik berkenaan.
Katanya, serbuan berkenaan berjaya menahan empat suspek berumur pertengahan 30-an hingga awal 60-an yang terdiri daripada tiga penerima vaksin dan seorang pemilik klinik berkenaan.
“Turut dirampas, kad vaksinasi dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... al-kad-vaksin-palsu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang tak update pon ada yang beli? Bodohnya! |
|
|
|
|
|
|
|
sorry tanya, tapi kenapa ada orang beli kad vaksin ni?
Bukan semua dari mysejahtera? atau kat Kelantan tak pakai scan mysejahtera semua, masuk kedai , masuk pejabat tunjuk kad pun boleh masuk?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kad aku tu tah mana perginya .. tak sangka lak ada orang sanggup bayo rm180 utk kad tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila lah di msia ni.
Cuba bayangkan jika puspakom memberi kebenaran kepada workshop untuk check kenderaan ringan. |
|
|
|
|
|
|
|
Molayoo ni banyak nau taik minyaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
hadoi... tgh musim pendedahan kad vaksin tipu ke ni...
iols baru je ambik booster.. i pegi tempat i ambik 1st and 2nd jab ari tu... medical center.. iols prefer pegi tempat2 gitu.. sbb anything senang nak refer balik... ..
booster status tu dia update immediately cuma dig cert with batch number tu lambat sehari dua.. tapi klinik totap bagi kad juge.. |
|
|
|
|
|
|
|
serambi mekoh ??? yela, asalkan duit tu x guna buat makan daging babi n arak apadahal ye dak |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya org tak jujur mcm ni kalo masuk geng zombie apocalypse survivor korang. dah kena gigit, tp senyap2 jah. tahu2 bangun tido di tgh mlm, dia tgh ratah lengan ngko |
|
|
|
|
|
|
|
Mooverine replied at 19-1-2022 11:52 AM
sorry tanya, tapi kenapa ada orang beli kad vaksin ni?
Bukan semua dari mysejahtera? atau kat Kelant ...
taklah. scan je mysj mcm biasa, yg beli sijil takde update ni bodoh, dosa merasuah ko same je tapi takde update mysj |
|
|
|
|
|
|
|
jadi sia-sia saja lah kan, beli kad vaksin ni sebenarnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mooverine replied at 20-1-2022 07:33 AM
jadi sia-sia saja lah kan, beli kad vaksin ni sebenarnya?
Takdelah sia2 sangat rasanya... kalau i jadi orang yg beli kad palsu ni i contact je helpdesk mysejahtera cakap dah vax tapi dekat online takde update, knowing mySJ tu pun banyak problem kan... |
|
|
|
|
|
|
|
oh macam tu.. faham dah kenapa org beli kad vaksin ni.. thank you..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mooverine replied at 20-1-2022 07:33 AM
jadi sia-sia saja lah kan, beli kad vaksin ni sebenarnya?
entah la yg pasti sijil/kad vaksin yg asli pulak jd hilang value sebab noreen2 kaki rasuah mcm ni la |
|
|
|
|
|
|
|
Jijiks puak antivaks… yg mengaku bebas padahal merasuah beli sijil. Vongok! |
|
|
|
|
|
|
| |
|