CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 5

Tok Ram kateww peserta tersingkir dah dijangka. Suara angin berbisik top 3 pon dijangka kewww?

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Gegar Vaganza: Peserta tersingkir, Tok Ram sudah jangka

PUTRAJAYA : Juri tetap program realiti popular tanah air, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS menyifatkan, penyingkiran dua bintang pada konsert separuh akhir malam tadi telah dipersetujui secara sebulat suara oleh barisan juri.

Menurut Ramli yang juga popular dengan panggilan Tok Ram, Shidee dan Ani Maiyuni pada hematnya tidak melaksanakan tugasan (lagu) yang diberi dengan sebaik mungkin.

“Sepertimana semua lihat, markah kedua-dua mereka merupakan yang paling rendah. Penyingkiran Shidee memang sudah dijangka.

“Manakala nyanyian Ani menerusi kedua-dua lagu yang dipersembahkan pula bagi saya tidak begitu bagus. Lagu baladanya tidak kuat, manakala lagu fast pula macam berlenggang.

“Juri sebulat suara dan kalau tengok pengiraan markah pun agak sepadan dengan persembahan mereka. Penyampaian persembahan mereka juga tidak begitu bagus,”katanya.

Tok Ram berkata demikian semasa ditemui selepas program tersebut berakhir malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Shidee yang menyanyikan lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Kerna Dia (Yassin Sulaiman) gagal menempatkan diri ke pentas akhir yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan apabila cuma memperoleh markah terendah 58.3 peratus.

Manakala, Ani Maiyuni pula hanya memperoleh markah sebanyak 61 peratus, menjadi peserta yang turut mengikut jejak langkah Shidee tersingkir pada minggu separuh akhir.

Persembahan bertenaga Ani menerusi lagu Lets Get Loud (Jennifer Lopez) dan Sumpah (Aina Abdul) malangnya gagal menambat hati juri untuk melangkah ke pentas akhir.

GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2022 10:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 pun 5 peserta selain azan tu mmg dh dijangka masuk final

So mmg bgus la result xkn nk buang suki, dibah yg mmg bgus cuma semi je agak hauk
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 18-1-2022 10:51 PM
Awal2 pun 5 peserta selain azan tu mmg dh dijangka masuk final

So mmg bgus la result xkn nk buang  ...

Dan very obvious siapa yg handak mereka lihat sebagai pemenang at the end of the competition...dgn lagu shilaker kami rappers 4U2C dimasukkheun sebagai lagu battle...hanya nak aibkheun peserta atas nama hiburan.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah apa2 si alip suara angin tu x best langsung
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora replied at 18-1-2022 11:05 PM
Ntah apa2 si alip suara angin tu x best langsung

Ko ingat sore angin basah basah meleket gitewww boleh order kt shoppee kewww?

Kahkahkahkahkahjah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.544948 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list