CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4866|Reply: 59

Tokti kateww sekarang bukan zaman heshe berlawan lagi, tak sangka pada usia kini karatz sitizonerss kelempuk macam acik @hyie itteww terus setia menyokong

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Bukan zaman untuk bersaing - Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR: Selepas 25 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengaku bukan masanya lagi untuk bersaing dengan bakat muda atau generasi pelapis.

Siti yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-43 pada 11 Januari lalu berharap mahu terus relevan dan konsisten dalam meneruskan karier seni.

Ibu kepada Siti Aafiyah Khalid dan Muhammad Afwa ini bertekad terus menyajikan karya terbaik, mempamerkan prestasi bagus dan bekerjasama dengan bakat baharu.

"Zaman sekarang bukan untuk saya bersaing lagi dengan artis muda. Sudah bukan era berlawan lagi untuk saya," katanya pada majlis sambutan hari jadi bersama kelab peminat, Sitizone di ibu negara, Sabtu lalu.

Penyanyi lagu Purnama Merindu itu bersyukur atas kesetiaan kelompok peminat Sitizone digelar Sitizoner yang terus utuh selepas 18 tahun ditubuhkan.

"Dalam tempoh lebih dua dekad ini saya bersyukur dikelilingi tunjang kekuatan yang jadi tulang belakang, termasuk rakan media dan peminat.

"Tidak dinafikan peminat menjadi nadi penting kepada kerjaya saya. Cuma tidak sangka pada usia sekarang dan selepas 25 tahun jadi anak seni, peminat terus teguh menyokong.

"Saya fikir mereka akan berubah hati disebabkan ada lagi penyanyi hebat akan ambil alih. Ini jadi suntikan semangat untuk saya terus beri yang terbaik.

"Saya juga ada peminat baharu. Mereka yang meminati saya dahulu dan seusia, kini bersambung sokongan itu kepada anak mereka," katanya.

Tambah Siti, banyak momen dikenang sejak penubuhan Sitizone.

"Mereka ada dengan saya ketika sukar dan duka. Kalau tengok filem dokumentari, Siti: Are You Ready? anda boleh lihat ada kelompok peminat sanggup ke mana sahaja konsert saya dianjurkan.

"Rentas luar negara pun mereka sanggup melabur duit biarpun jarang berjumpa dan berkomunikasi," katanya.

Pada acara itu, Siti 'meminjam' semangat juang karakter puteri Disney, Mulan seiring dengan tema watak dalam filem atau drama yang diterapkan pada majlis perjumpaan itu.

"Mulan versi saya ini sopan sedikit, versi berhijab. Saya suka watak adiwira seperti ini. Saya selalu berangan jadi ketua atau pemimpin yang menerajui peperangan," katanya.

Siti berkata, saban tahun, acara perjumpaan itu menetapkan tema dalam berpakaian.

"Kali ini tiada simbolik tertentu. Setiap majlis memang ada tema ditetapkan. Contohnya, kembali ke sekolah, pakaian seragam dan balik kampung," katanya.

Mengenai usianya yang meningkat, Siti bersyukur terus disayangi.

"Saya terus disayangi termasuk dalam kalangan peminat. Begitu juga dikurniakan cahaya mata lengkap.

"Saya mohon Allah beri kemampuan dari segi iman bertambah dan kesihatan baik. Apabila sihat tubuh badan banyak perkara boleh saya buat dan berkongsi rezeki. Ini termasuk dalam cabang niaga.

"Saya berdoa diberi kelancaran dalam apa sahaja perkara dilakukan. Kalau sisi muzik, saya belum berpeluang merakamkan album Jazz.

"Malah, projek teater muzikal saya belum dapat direalisasikan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2022 09:10 PM | Show all posts

Siti bersyukur dikelilingi keluarga, teman dan peminat tersayang pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-43 di ibu negara, baru-baru ini. Foto NSTP Saifullizan Tamadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2022 09:10 PM | Show all posts

Siti tampil dengan persalinan karakter Mulan namun dengan gaya lebih sopan pada majlis sambutan hari jadinya di ibu negara, baru-baru ini. Foto NSTP Saifullizan Tamadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang ramai fans sheols andartu & ponen bottom pun yach kaka biasa nengok page siti zoners tu.

Tu yang walaupun tokti nyanyj lagu balada yang tak memoreable tapi peponen bottom tu semua boleh terkinja2 menari melambung kopek layut theyols tu yach. Kaka pun tak faham kenapa, saintis pun ada bagitau ianya fenomena yang luar biasa... Bukan cinta biasa gittew
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
relevan lagi ya tokti smpai skrg, untungg dia peminat2 lahir tahun 80-90an, smpai skrg memasing masih gigih menyupport tokti., retis2 seangkatan tokti ni pun xda pun zoners2 memasing buat apa yg zoners tokti buat ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli pulak tgk channel budiey para zoners siap angkat tangan sumpah ala2 kita sumpah masa perhimpunan sekolah pagi2 isnin tu. Kertu2 ni elakkan la perangai tak senonoh mcm tu. Satu lagi lagu apo SITI JANJI SITI JAHA yg dia nyanyi masa pakai kostum Mulan tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
A deprived childhood....your first motherhood...dgn org yg lebih tua...

How mess up can that be?


Kahkahkahkahkahkah

Nasib ko la....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
udah2 lah tu mek iti oii..boleh bersara dah. cuba jd exclusive cam nuar zain..cam retis lain2 skif. tenang2 saja..duit bnyk kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by belacan_gurl at 18-1-2022 10:02 PM
Khadeeja07 replied at 18-1-2022 09:43 PM
udah2 lah tu mek iti oii..boleh bersara dah. cuba jd exclusive cam nuar zain..cam retis lain2 skif.  ...


Hello.....ko tu sbb x minat siti mmg la suh dia bersara....peminat siti semua xnk siti bersara hokey.... Aku sendiri masih setia menunggu siti buat konsert lagik ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
belacan_gurl replied at 18-1-2022 10:01 PM
Hello.....ko tu sbb x minat siti mmg la suh dia bersara....peminat situ semua xnk siti bersara hok ...

Ko jgn takut...tokcaras masih belum mampu utk bersara...kerana tanggungan masih ramai...bukan setakat 2 ketul yg ada sekarang ni.......

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
"anda boleh lihat ada kelompok peminat sanggup ke mana sahaja konsert saya dianjurkan"

Haa ni nak bagitahu. Kita yang first time pi konsert ni, memang excited nak tengok siti depan2 dan dengar dia nyanyi depan2.

Tapi apa yg berlaku??
Bingit telinga dengan sorakan ctzoners yang tak brenti. Nak dengar lagu pun susah. Suara depa ja lebih2. Sepanjang lagu duk menyanyi, ingat kita ni beli tiket untuk dengar suara depa?

Tu tak cerita pasal depa duk blok view kita. Orang beli seat, duduk la elok2 kat kerusi tu..ni duk menyelit, berdiri, duk celah tangga, halang pandangan orang.

Pastu bila masuk group FB ctzoners, duk tak lama, tahu2 depa dah remove kita dari group. Maybe sebab kita tak seaktif depa? Please lahh..ingat peminat siti yang lain xdak kerja macam ctzoners terpaling ka? 24/7 duk menulis, post kat group pasal siti?

Pastu kat group telegram, pandai pulak suruh kita vote siti untuk apa2 award. Siap suruh beli koin Joox lagi. Time nak pakai kita, xdak pulak memandai remove kita dari group?

SEKIAN LUAHAN HATI TERHADAP CTZONERS YANG PERASAN DEPA LAH TERPALING MINAT SITI NURHALIZA!
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah2 la tu minat penyanyi kertu bernombor
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 18-1-2022 10:47 PM
Udah2 la tu minat penyanyi kertu bernombor

Minat masing2. Apa masalahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dah latu sitizoner. Takyah nak taksub sgt. Minat boleh, tp berpada2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 11:48 PM | Show all posts
incess.my replied at 18-1-2022 03:26 PM
Dah dah latu sitizoner. Takyah nak taksub sgt. Minat boleh, tp berpada2.

Betul.  Sama jugak yg membenci taksub sangat.  Benci boleh, tp berpada2.

Lain la kalau benci taksub indon jongos taksub calim 24/7...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by supernaturalee at 19-1-2022 12:36 AM

https://youtu.be/3TNFAM6rhGs"Kalau sisi muzik, saya belum berpeluang merakamkan album Jazz."

I think she can pulls off album jazz dgn baik
Mcm dlm lagu Rupanya Kita Serupa dr album Transkripsi which also won album of the year

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmn nk ltk video ye klu guna fon
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 07:56 AM | Show all posts
tapi memang aku pon terkejut tgk peminat siti ..konsert dia kat malaysia sentiasa sold out ticket..artis muda pon belum tentu boleh kumpul jualan tiket camtu kalau buat konsert..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah dia nak nyanyi lagi rezeki dia kan..byk benda dia nak bayo...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 18-1-2022 09:13 PM
Tapi memang ramai fans sheols andartu & ponen bottom pun yach  kaka biasa nengok page siti zon ...

Tak apalah andartu dan ponen menyokong pon..janji teket sold out masa konsert. Ni nak harapkan peminat lelaki sejati jah yg dgr lagu pon donlod kat youtube convert jd mp3, sampai bila pon x kaya². Mmg realitinya yg byk terlibat industri hiburan ialah ponen2 jah. Kalo laki sejati, xde nya nak beriya tgk rancangan hiburan

Lagu tok ti skrg maybe x memorable utk kaka sbb kaka dah tua, sama la mcm lagu² bbnu yg x masuk di hati kaka.mungkin kaka ialah peminat ahmad jais sharifah aini, ramlah ram yg lebih tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064033 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list