CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4764|Reply: 107

Pihak Masjid Takkan Mohon Maaf Mandikan Remaja Pencuri Macam Jenazah

  [Copy link]
Post time 18-1-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Pengurusan Masjid Al-Islahiah di Kuang yang terpalit isu video tular memaparkan seorang remaja dimandikan seperti jenazah sudah menyerahkan perkara itu kepada peguam.


Malah, pihak pengurusan masjid berkenaan juga tidak berhasrat untuk membuat permohonan maaf kepada remaja terbabit, Daniel Iskandar Mohd Nasir, 19, dalam tempoh terdekat ini.




Tangkap layar video tular di media sosial. Gambar kanan: Supandi Samin.





Nazir masjid berkenaan, Supandi Samin berpandangan, remaja terbabit yang perlu berbuat demikian kepada pengurusan masjid berkenaan kerana kesalahan menceroboh.


"ada pandangan saya, di sini ada dua isu, satu remaja itu datang menceroboh, jadi siapa yang patut minta maaf, adakah masjid yang kena minta maaf, dia datang ke tempat kita.


"Isu kedua, berkenaan video tular, yang itu kami tak boleh buat apa-apa. Sebab kami pun ada peguam, dan peguam sudah nasihati kami, jadi peguam akan uruskan.


"Kami hanya mahu ALLAH permudahkanlah urusan kami, itu sahaja," katanya mengulas saranan agar ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pihak menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka pada Selasa.




Kredit foto: Twitter




Pada Isnin, Mahkamah Tinggi di sini menyarankan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan pihak yang menularkan video berkenaan seorang remaja dimandikan seperti jenazah membuat permohonan maaf secara terbuka.


Hakim Datuk Abd Halim Aman dilaporkan berkata, pihak yang terlibat dalam insiden berkenaan perlu bertindak sedemikian sebagai langkah untuk menjernihkan keadaan.


Ketika prosiding semakan berhubung keputusan Mahkamah Majistret Selayang terhadap Daniel, Hakim Abd Halim menyarankan pegawai syarak, AJK masjid dan pihak yang merakam serta menularkan video itu membuat permohonan maaf kepada tertuduh dan masyarakat.


Dalam pada itu, Supardi mengakui isu video tular itu memberi kesan kepada imam masjid berkenaan yang kini 'merajuk' namun fungsi masjid berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hah?  Nak mohon maap watpe??
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila undang2 dunia jadi rujukan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:23 PM | Show all posts
no needddd to say sorry laaaa
mmg patut budak tu merasainya
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang tang keruh dan ambil yang jernih
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin naik lemak pencuri n penagih.

Bakalan ada yg kena pancung kepala.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2022 04:55 PM | Show all posts
adakah dengan memalukan budak itu akan memperbaiki dirinya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
owhhhh hakimnya triple A
Dah kata ada peguam jd pandailah peguam memsg menjlnkan tugas
nk ckp lebih kang mahu kena kecam plk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak yg melolong sgt nak bela budak dadeh tu yg patut mintak maaf pd ajk masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kitmal replied at 18-1-2022 04:55 PM
adakah dengan memalukan budak itu akan memperbaiki dirinya...

Pendadeh tau malu ke???  mak bapak sendiri pun depa sembelih
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
yang merakam tu sapa? ajk masjid sendiri jugak ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 05:47 PM | Show all posts
bagi saya tiga bulan untuk fikir
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni dah ada peguam kan. Gigih nk bela budak ni kan. Kita tgok berapa lama budak ni tahan berlakon jadi baik. Lepas tu gigih lagi tak peguam dia nak bela kat court. Benda mcm ni masa je yg akan tunjuk kebenarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Remaja pencuri mendadih tuh, ada mohon maaf tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok le memasing bermaaf maafan. Tak de ruginya..nak2 ahli2 masjid yg katanya dijamin syurga
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 18-1-2022 04:57 PM
owhhhh hakimnya triple A
Dah kata ada peguam jd pandailah peguam memsg menjlnkan tugas
nk ckp lebih  ...

Triple A dah lama pencen jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 08:10 PM | Show all posts
selayaknyalah dimandikan jenazah dah heshe sendiri pon macam tazzabar jah nak jadi jenazah dok lalok sana sini sampai duit masjid pon ko nak kaut dah kenapa noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:13 PM | Show all posts
looovee sangat pihak mesejid whoareyouss kan jah permoonan maaf tu? eh noreen ko masuk ceroboh time2 lalok lepas tu nak mencurik pulak duit orang tu mulia sangat ke hah noreen sampai orang nak kena sembah ratu dekat kau? ko yang buat salah nak suruh orang mintak maap pulak apa jadah nya ni noreen?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cadangkan mana2 yg duk bela sgt budak ni tolong ajak budak ni tinggal dgn korang....tak pernah rase kan duduk dgn penagih biawak ni.....cube rase sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2022 08:22 PM | Show all posts
eh noreen atok ko sendiri pon kata ko ni bermasalah, tak boleh dikawal lagi, agresif sampai heshe pon tak sanggup jaga? kecik2 tak nak mampos ko ni dah besar berperangai noreen?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.168018 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list