CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 135|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Pengurusan tapak pelupusan sampah akan dikenakan tindakan'

[Copy link]
Post time 17-1-2022 09:01 PM | Show all posts |Read mode
'Pengurusan tapak pelupusan sampah akan dikenakan tindakan'

Januari 17, 2022 @ 4:30pm



Tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal yang terbakar sejak Rabu lalu masih gagal dipadamkan hingga kini.



GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal susulan kebakaran di kawasan itu sejak Rabu lalu masih berlarutan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata pihaknya sedang menunggu laporan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan akan membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat EXCO kerajaan Pulau Pinang, Rabu ini.

"Notis sudah dikeluarkan (sebelum ini terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan) apabila MBSP mendapati kerja wajib di bawah jadual tidak dilakukan.

"Kita akan lihat cadangan tindakan yang boleh diambil, senario paling teruk adalah menamatkan konsesi syarikat berkenaan," katanya selepas majlis pelancaran Ulang Tahun Ke-50 Perindustrian Pulau Pinang di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, pihak pengurusan iaitu Syarikat PLB Terang Sdn Bhd mula menguruskan tapak pelupusan sampah berkenaan sejak lima tahun lalu dan mempunyai kontrak konsesi selama 21 tahun.

Beliau berkata, operasi pelupusan sampah tidak boleh ditawarkan sebagai kontrak jangka pendek kerana ia membabitkan pengurusan yang amat terperinci dan memerlukan pengoperasian setiap hari.

"Segala keputusan dari segi tindakan terhadap pihak pengurusan tidak boleh terburu-buru dan memerlukan rancangan rapi," katanya.

Tapak pelupusan sampah itu dilapor terbakar pada kira-kira jam 5 petang Rabu lalu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Pulau Pinang dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela membuat penghalang bagi mengelak api terus merebak.
Sementara itu, di Nibong Tebal, Ketua Balai Bomba Nibong Tebal, Noor Asfariza Mohamad Abdul Kadir, berkata pihaknya berdepan kekangan sumber air memandangkan tiada bekalan air secukupnya di kawasan tapak pelupusan sampah itu.

"Kebakaran setakat ini (berjaya) dipadam tujuh peratus saja dan kita menghadapi kekangan air sebab tiada sumber air di sini. Laut (sumber air) jauh dan kolam pula berisiko sebab mengandungi bahan kimia," katanya yang ditemui di tapak pelupusan sampah itu.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya hanya bergantung kepada sumber bekalan air tangki yang dibekalkan MBSP bagi memadam saki-baki kebakaran.

"Ketika ini, lori tangki kecil saja yang boleh naik dan suhu di sana agak panas serta berasap tebal, jadi kita berwaspada demi keselamatan anggota yang memadam api selama 12 jam bermula jam 8 pagi hingga 8 malam yang sudah memasuki hari keenam," katanya.

Kebakaran itu membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

16-5-2022 01:39 PM GMT+8 , Processed in 2.697239 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list