CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

Kekayaan 10 lelaki terkaya meningkat ketika pandemik

[Copy link]
Post time 17-1-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode

ELON Musk antara 10 lelaki terkaya dunia. FOTO fail AFP

Paris: Seramai 10 lelaki terkaya di dunia menggandakan kekayaan mereka dalam tempoh dua tahun pertama pandemik Covid-19, ketika pada masa sama kemiskinan dan ketidaksamaan meningkat, kata satu laporan pada Isnin.

Menurut persekutuan badan amal yang menumpukan pengurangan kemiskinan global, Oxfam, kekayaan lelaki terbabit melonjak daripada AS $700 bilion (kira-kira RM2.9 trilion) kepada AS $1.7 trillion (kira-kira RM 7.1 trilion), dengan secara purata AS$1.3 bilion (kira-kira RM5.4 bilion) sehari.

Angka itu diumumkan sebelum mini persidangan kemuncak secara maya pemimpin dunia yang diadakan menerusi Forum Ekonomi Dunia.

Oxfam berkata, kekayaan billionaire ini meningkat sepanjang pandemik lebih tinggi dalam tempoh 14 tahun lalu.

Peningkatan kekayaan ini berlaku ketika ekonomi dunia merudum dan tenat dengan kemelesetan selepas kali terakhir berlaku akibat kejatuhan Wall Street pada 1929.

Ketidaksamaan ini dianggap sebagai 'keganasan ekonomi' dan keadaan ini menyumbang kepada kematian 21,000 orang setiap hari, disebabkan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, keganasan jantina, kelaparan dan perubahan iklim.

Pandemik itu juga menyebabkan 160 juta orang jatuh miskin, dengan etnik minoriti bukan kulit putih dan wanita menanggung kesan akibat ketidaksamaan ini.

Laporan itu berdasarkan kajian yang dijalankan pada Disember 2021 oleh badan amal itu yang mendapati bahagian kekayaan global individu terkaya di dunia melonjak sepanjang tempoh pandemik ini.

Oxfam menggesa penambahbaikan dibuat untuk sistem percukaian bagi membiayai pengeluaran vaksin di seluruh dunia serta penjagaan kesihatan, penyesuaian iklim dan pengurangan keganasan berasaskan jantina supaya lebih banyak nyawa boleh diselamatkan.

Kumpulan itu berkata, pengiraan kekayaan dibuat berdasarkan data terkini dan komprehensif dengan menggunakan Senarai Billionaire 2021 oleh majalah perniagaan Forbes.

Forbes menyenaraikan 10 lelaki terkaya di dunia antaranya pemilik Tesla and Ketua SpaceX, Elon Musk; Jeff Bezos (Amazon); Larry Page and Sergey Brin (Google); Mark Zuckerberg (Facebook); Bill Gates dan Steve Ballmer (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft); Larry Ellison (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Oracle); Warren Buffet (pelabur Amerika Syarikat) dan Bernard Arnault (Ketua Kumpulan LVMH).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.052210 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list