View: 1119|Reply: 14
|
Hina Ke Kerja Kedai Mamak? Anak Tempatan Bagi Alasan Gaji Tak Setimpal, Tiada Cuti
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Gaji tidak setimpal dan tiada piawaian waktu bekerja antara sebab rakyat tempatan enggan bekerja di restoran mamak.
Sejak laporan ‘Hina sangatkah kerja di restoran mamak?’ terbitan Mingguan Malaysia semalam, ruangan komen Facebook Utusan Online dipenuhi maklum balas berhubung luahan dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, yang juga memberitahu, mereka kini memerlukan kira-kira 10,000 pekerja tempatan.
Setakat kini, hantaran tersebut menerima lebih 1,300 komen dan 5,600 tanda suka sejak berita itu diterbitkan semalam.
Gambar Hiasan
Rata-rata ramai orang ramai menyifatkan tiada layanan baik menjadi faktor rakyat Malaysia cenderung kepada pekerjaan meskipun mereka tidak memilih kerja asalkan mendapat gaji yang setimpal.
Misalnya seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Pin Gin berkata, orang tempatan tidak suka kerja restoran mamak disebabkan beberapa faktor iaitu kerja 12 jam sehari dan sepanjang minggu dengan tiada cuti rehat.
Malah dia mendakwa, terdapat majikan yang tidak memberikan cuti walaupun dua minggu bekerja tanpa henti.
“Apabila sakit demam duit ubat tanggung sendiri. Kekadang bila demam pun dipaksa bekerja juga. Malah kerja kedai mamak yang kebanyakannya tiada KWSP, tiada SOCSO,” Jelasnya lagi.
Seorang pengguna Facebook dikenali Ryan Raykarl pula memberitahu, pemilik restoran mamak perlu melihat semula layanan kepada pekerja rangkaian restoran segera dengan gaji memuaskan, syif kerja teratur dan soal kebajikan.
Sebaliknya pemilik Facebook Khairul Azimin pula memberi satu contoh di restoran mamak di Alor Setar, Kedah apabila kebanyakan pekerja merupakan anak muda tempatan.
Katanya, imej pekerja restoran mamak perlu diubah supaya dapat menarik anak-anak muda tempatan untuk bekerja.
“Mereka boleh bekerja tapi kena ubah pemakaian. Pakaian mereka sama macam yang bekerja di restoran makanan segera yang lain bukannya macam restoran mamak yang biasa kita lihat,” katanya. – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dh bitau anak2 habis spm terus saja kerja tetap kalau tk sambung belajor
Cari kerja yang potong epf dn stabil
Tak nak lkerja kedai makan yg tk menjaminkan apa2
Kedai makan yg stabil sila buat sistem
Betul2
Epf socso medical etc kena ada
Mcm res makanan segera
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak seribu daya, itu sahaja |
|
|
|
|
|
|
|
warga asing semua kerja 12 jam,epf,socso xde,cuti rehat 2x sbln...PH x byar atau ganti,AL,ML memang xde.....'lu x mau,bangla,indon mau'.…... |
|
|
|
|
|
|
|
Tokey kalau berdegil susah juga sekarang bukan senang nak dapatkan pekerja ramai dah mula balik kampung |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita buat aduan kepada Buruh, kita akan ditindas, dipulau nanti....ermmm last2 kita berhenti kerja, pastu tauke kata, tiada rakyat tempatan nak kerja |
|
|
|
|
|
|
|
makadek: Aku dh bitau anak2 habis spm terus saja kerja tetap kalau tk sambung belajorCari kerja yang potong epf dn stabilTak nak lkerja kedai makan yg tk menja ...
slip gaji kedai mamak ni tak laku beli rumah / beli kereta walaupun gaji layak kan ?
sebab bank tak yakin dengan syarikat . melainkan kalau syarikat GLC ke Public Listed ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Degang degung Bmf kehulu hilir, tapi suh berkorban keja kedai mamak molayoo isele takmo |
|
|
|
|
|
|
|
berapa org dah pekerja india bunuh dri sebab tak boleh beraya raya..pun kerja
melayu boleh??
aku ralat sikit bab kerja ni sebab kaum cina selalu anggap.melayu malas sebab tk mau.kerja ladang..buruh binaan dan mamak..i.mean..kaum kau tu? semua nak bos kah...perasan hebat/pandai |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja mamak ada uniform tshirt dengan kari selet2 kat tshirt perut boncet, hari2 makan kari. |
|
|
|
|
|
|
|
let me guess, the usual "Orang muda sekarang..."
and the similar, "Buat je la keje macam robot yang takde hak dan kehidupan, jangan komplen." |
|
|
|
|
|
|
|
i pernah lepak s**d bistro kat puchong.. pekerja semua mamak kot except yang sorang ni.. maybe melayu maybe indon.. tak dapat dipastikan sebab pakai mask.. i nampak few times bos mamak tu marah² dia.. tak sure sebab dia buat salah or dibuli.. pekerja sebangsa takda pula bos tu marah.. i nampak dia pantas je buat kerja.. siap angkut 3-4 pinggan sekaligus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan jadi seperti UK!
Selepas brexit kebanyakan pekerja dari negara EU meninggalkan UK. UK mengalami masalah besar kerana tiada pekerja yang mencukupi di dalam banyak industri …
..maka terpaksa menggunakan pekerja tempatan dengan bayaran yang lebih tinggi, tetapi masih lagi tidak mencukupi dan memerlukan ratusan ribu pekerja untuk memenuhi pelbagai industri.
UK gov nak bawa masuk pekerja dari negara EU tetapi, tetapi mereka dari negara EU menolak permintaan tu dengan alasan bekerja di UK tiada jaminan masa hadapan mereka.
Akibatnya, sehingga sekarang UK masih lagi memerlukan ratusan ribu pekerja untuk mengisi kekosongan dan oleh kerana menggunakan pekerja tempatan terpaksa membayar gaji yang lebih mahal.
Dah jika sebelum brexit shopping di supermaket £60-£70 sudah cukup, selepas brexit £90-£100.
Sebagai contoh sebelum brexit Lurpak butter 500g £3 sekarang sudah jadi £4.
Jadi, Jika Malaysia menggunakan pekerja tempatan dengan gaji perlu dibayar lebih mahal dari pekerja asing ..maka jangan terkejut jika kenaikan kos kehidupan yang perlu ditanggung oleh anda sendiri di atas permintaan anda sendiri! |
|
|
|
|
|
|
|
Keje 12jam sehari/2 minggu tanpa cuti?gila ke apa?ni manusia laa ..bukan robot.
Keje fast food/retail atleast 6hari seminggu dpt rehat sehari |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|