CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 578|Reply: 11

[Tempatan] Pendengaran PSC isu saham Azam Baki tidak dibuka kepada umum - Speaker

[Copy link]
Post time 17-1-2022 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Pendengaran PSC isu saham Azam tidak dibuka kepada umum - Speaker

https://www.malaysiakini.com/news/607141

Diterbitkan:  Jan 16, 2022 8:28 PM⋅
Dikemaskini: 8:33 PM



Mesyuarat jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) yang dijadualkan pada Rabu akan datang untuk membincangkan pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak akan dibuka kepada orang ramai berikutan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Speaker parlimen Azhar Azizan Harun berkata peraturan itu terpakai bagi semua prosiding PSC.

“Peraturan mesyuarat tidak membenarkan prosiding terbuka.

“Malah, peraturan mesyuarat juga tidak membenarkan perbincangan atau pendedahan saksi, kenyataan saksi dan kandungan prosiding sehingga laporan telah dibentangkan kepada Dewan Rakyat,” katanya, seperti dilaporkan The Star hari ini.

Hal ini, kata Azhar bertujuan untuk memelihara integriti prosiding tersebut serta memastikan kerjasama yang lengkap daripada semua yang terlibat.

Edmund Terence Gomez yang pernah menganggotai Lembaga Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM sehingga meletak jawatan kerana membantah isu itu baru-baru ini pernah menegaskan perlunya prosiding itu dibuka kepada umum dan media.

Dia berkata ini penting bagi memastikan tiada usaha untuk menutup perkara berkenaan.

"Oleh kerana kita perlu memastikan ahli politik ini bertanya soalan yang betul... ada semakan terbuka dan terperinci tentang dakwaan ini. Itu hanya boleh dilakukan apabila ada pengawasan awam," katanya.



Sebelum ini, dilaporkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan untuk membincangkan pemilikan saham Azam dalam dua syarikat senaraian awam.

Mesyuarat itu dijadualkan pada jam 2 petang pada 19 Jan (Rabu).

Gesaan serupa telah dibuat pada 2015 agar pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara mengenai 1MDB disiarkan secara langsung di televisyen.

Walaupun pada mulanya dipersetujui oleh PAC, namun speaker Dewan Rakyat ketika itu Pandikar Amin Mulia telah menolak cadangan tersebut, memetik peraturan parlimen.

Menurut Pandikar, Peraturan Mesyuarat Parlimen No 85 tidak membenarkan mana-mana jawatankuasa di bawah dewan itu untuk menyiarkan kandungan perbincangannya selagi penyata prosiding masih belum diserahkan kepada Dewan Rakyat.

Azam berdepan kontroversi baru-baru ini selepas timbul dakwaan mengenai dia memiliki saham dalam dua syarikat pada 2015.

Menurut laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam ialah ketua bahagian siasatan SPRM.

Bagaimanapun, pada sidang media pada 5 Jan lepas, Azam berkata dia tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana saham itu dibeli adiknya yang hanya menggunakan namanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Cam haram la tak bagi orang awam tau
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:36 AM | Show all posts
LoL.. semakin menambahkan kecurigaan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:05 AM | Show all posts
bertujuan untuk memelihara integriti prosiding tersebut


pergi mam...korang terjun lautlah semua kaki2 songlap perasuah kowtim kroni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin mencurigakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Secara tertutup? Sudah boleh kuagak hasilnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apehal pulak? Senang2 je sembunyi bila kroni buat hal. Speaker ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:26 PM | Show all posts
takpa tunggu je nanti ES dedahkan kat twitterjaya sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembangkang dah kena bungkam mulut dan kaki tangan dah kena ikat kerrr bila semenjak kebelakangan ni sunyi sepi tak dengar bersuara
Inilah akibatnya bila GOMEN tak di lantik melalui demokrasi so habis semua di kawal dengan memerintah ikut kepala hotak depa
Hak rakyat di nafikan dan yang mungkar di amalkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:56 PM | Show all posts
Pasti ramai kecewa sebab tak dapat tengok live
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat zoom la....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 05:40 PM | Show all posts
pu3_rania replied at 17-1-2022 01:44 PM
Pembangkang dah kena bungkam mulut dan kaki tangan dah kena ikat kerrr bila semenjak kebelakangan ni ...

pembangkang dah kena sumpah jd batu kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.474772 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list