CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2357|Reply: 10

[Tempatan] Dr Harlina Halizah Siraj Ucap Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia, Tapi Menteri Agama Cakap Tiada istilah perayaan Hari Agama Sedunia

[Copy link]
Post time 16-1-2022 10:34 PM | Show all posts |Read mode




Tiada istilah perayaan Hari Agama Sedunia, kata menteri
FMT Reporters -January 16, 2022 5:00 PM

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menegaskan tiada istilah perayaan Hari Agama Sedunia, selepas poster berhubung sambutan itu tular di media sosial hari ini.

Beliau meminta umat Islam terus mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tiada istilah berkenaan perayaan Hari Agama Sedunia. Ianya jelas dan ianya wajib diimani,” tulisnya di Facebook.

Idris turut memetik ayat 19 surah Al-Imran: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.”

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim menerusi Facebooknya berkata: “Sambutan Hari Agama Sedunia adalah inisiatif dan cadangan agama Bahai.”

Terdahulu, poster “Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia” yang memetik ayat 13 surah al-Hujurat tular di media sosial dan mendapat bantahan pelbagai pihak, termasuk tokoh agama yang menentang idea sambutan itu.

Tetapi, hasil pemeriksaan mendapati poster itu sudah dipadamkan, dengan individu yang memuat naiknya berkata, beliau berbuat demikian susulan reaksi kurang baik dan demi menghormati teguran pelbagai pihak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 10:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 10:46 PM | Show all posts
Edited by Friska at 16-1-2022 11:12 PM

Yah, isu SARA lagi isu SARA lagi

Catatan kaki: SARA (Suku, Agama, Ras dan Antar golongan)
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 01:38 AM | Show all posts
Ustaz2 ni tak boleh ke hidop berlasarqkattttr, ni mcm tqk blh campo org pangsong selua tak blh tak kena sabo je
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 02:55 AM | Show all posts
Tak habis habis dengan mengukuhkan keimanan.

Semakin tero.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 05:36 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-1-2022 06:10 AM

kenape Friska  you are  into - plurality of races ke atau plurality of religion, sebab anda saya lihat memaparkan kandungan yg polanya seakan akan sama acam thread sebelum ini. ade beza.

apa pendapat anda ttg ini - anda sudi berdiskusi hal ini?

tapi i tak terkejut pun - sebba figura ini sering  dikaitkan  Ikram hmm ntahlah kan ..biasela   kan...hahaha, masa 1998 dulu  jemaah ni sokong sape ye... ,then adalah ini menggambarkan pendirian jemaah itu? i tertanyasebb i tak tahu. sebab bila ada isu macam ni banyaklah soalan soalan timbul, atas hal ni jugaklah.

alahai - Friska - which  falsafah mendasari pemikiran anda? apakah figura ini memahami falsafah asal yg endasari pemikiran ini - ini yg pokoknya - faha ke tak hal ini  ye - sekadar terfikir . benarlah kata Dr Khalif Muammar ade  sekelopok yg mahu cakap hal plurality lah kesamaan gender lah tapi ....

adakah anda a malaysian? Kalau anda pemikiran daripada seberang saya tak hairan pun...you could dig further into your  own  watan  : Jaringan Islam Liberal , your Nircholas Majid and a few others , you know anda akan lihat element ni....  apa apa pun kena faham falsafah yg endasari ini semua. Try reading a book risalah untuk kaum muslimin and kalau suka bacalagi try reading  Islam and Secularism by  Prof Tan Sri  Dr Syed Naquib Al Attas . He has written many books about this.  Once you know pemikiran pemikiran , you tak akan cepat setuju dengan Hj Dr Harlina  ni in certain aspects , so be  mindful about certain things lah on these aspects.
i am more interested on the pemikiran Dr harlina ni - apakah falsafah yg endasari pemahaman dia on this matter.

  
Tetapi, hasil pemeriksaan mendapati poster itu sudah dipadamkan, dengan individu yang memuat naiknya berkata, beliau berbuat demikian susulan reaksi kurang baik dan demi menghormati teguran pelbagai pihak.

hmm gitu penjelasannya. hoccay.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud hari berugama ni? Nampak ada doula dah sindir2 doktor ni.
Yela ini peluang nak mengata kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bermakna gomen Melayu isele Pas Umno gagal jaga agama, makin menjadi2 macam2 isu kan. Ye lah dah gomen Pas Umno tambah jydi ekor, luluskan arak Timah. Zaman PH DAP dulu tak timbul pun bende gini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2022 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 17-1-2022 10:09 AM
Bermakna gomen Melayu isele Pas Umno gagal jaga agama, makin menjadi2 macam2 isu kan. Ye lah dah gom ...

arak timah tu...demi ksh sayang PAS kpd LKS kerana kesukaan dia meminum arak.Kan drng pernh KAWAN dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-1-2022 05:36 AM
kenape Friska  you are  into - plurality of races ke atau plurality of religion, sebab anda saya lih ...

Nak hairan apa orang indon ni. Kawin beza agama pun dorang boleh terima..inikan pula setakat poster yang hampir2 menyeru sekalian umat berbaik2 tapi disebalik poster tu adanya tentangan akidah yang harus di nilai. Lain kali kalau mau bawa agenda indon, biar dalam indon saja jangan bawak masuk malaysia sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2022 09:28 PM | Show all posts
16 January tu birthday siapa?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.069665 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list