CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 65|Reply: 0

[Sabah] Zon Maritim Tawau rampas 100 batang kayu nibong

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-1-2022 10:49 AM



RAMPAS: Kayu nibong yang disyaki diseludup masuk dari negara jiran dirampas.

TAWAU: Kira-kira 100 batang kayu nibong dirampas oleh pasukan Zon Maritim Tawau di kedudukan 0.17 batu nautika timur muara Sungai Inderasabah, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pasukan Maritim yang menjalankan tugas rondaan Ops Sejahtera menemukan longgokan kayu nibong terapung di perairan tersebut.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar Vengadasalam berkata kayu berkenaan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran.

“Setelah siasatan dibuat, tiada sebarang maklumat mengenai pemilik longgokan kayu nibong yang ditinggalkan tanpa pengawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima longgokan diikat dengan 20 batang kayu nibong pelbagai saiz yang dianggarkan sebanyak 100 batang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek dipercayai menggunakan modus operandi dengan meninggalkan kayu nibong yang diseludup berhampiran muara sungai bagi mengelak dari dikesan dan ditahan pihak berkuasa.

Katanya, kesemua kayu nibong dirampas dan ditarik ke muara Sungai Inderasabah untuk tindakan selanjutnya.

“Kes tersebut disiasat mengikut Enakmen Hutan 1968 dan nilai keseluruhan rampasan kayu nibong berkenaan dianggarkan berjumlah RM15,000.

“Rampasan itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Sabah cawangan Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siva berkata, Maritim Malaysia terus komited dalam memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang khususnya di Perairan Timur Sabah.

“Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau di talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 dan talian kecemasan 999,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/16
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.077317 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list