CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 16/01/2022

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 17-1-2022 11:41 AM



Satu kluster baharu libatkan institusi pendidikan direkod
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster baharu COVID-19 hari ini yang melibatkan pelajar asrama.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata,   kluster yang dinamakan Kluster Jalan Kepayan Lama telah diisytiharkan di Tambunan.

"Kluster ‘institusi pendidikan’ ini melibatkan seorang pelajar asrama (indeks kes) SMK Tambunan yang berumur 18 tahun dan didapati positif setelah menjalani ujian kendiri serta ujian pengesahan COVID-19 RTK Antigen kerana bergejala.

"Saringan seterusnya telah dibuat ke atas kontak rapat iaitu dalam kalangan rakan-rakan seasrama telah mendapati 34 orang lagi didapati positif," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan setakat ini jangkitan dan penularan virus terhad dalam kalangan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama yang sama.

Menurutnya, semua pelajar yang terlibat telahpun diasingkan untuk rawatan yang sesuai.

Dalam pada itu katanya, Sabah hari ini merekodkan 213 kes baharu COVID-19.

"Kota Kinabalu mencatatkan 47 kes baharu dengan penyusutan 23 kes berbanding jumlah hari sebelumnya tetapi kekal penyumbang kes harian tertinggi di negeri ini.

"Daerah Tambunan menjadi penyumbang kedua tertinggi hari ini dengan 36 kes, di mana 34 daripada kes tersebut datang daripada satu kluster baharu," katanya.

Katanya, sebanyak 209 daripada 213 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat empat kes dalam Kategori 3, manakala tidak ada kes dalam Kategori 4 serta 5.


utusanborneo.com.my/2022/01/16



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list