CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1121|Reply: 12

[Tempatan] Tertipu dgn scammer RM118,000. Penjawat awam terpaksa tanggung hutang personal loan

[Copy link]
Post time 16-1-2022 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Wanita penjawat awam rugi RM118 000 terpedaya ‘scammer’
By TVS
January 16, 2022

SIBU, 16 Jan : Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan terpaksa menanggung bebanan hutang selepas ditipu sindiket ‘Macau Scam’ berjumlah RM118 000.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, mangsa yang berusia 58 tahun menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah syarikat insuran pada 28 Oktober tahun lalu.

Katanya, suspek memaklumkan bahawa pengadu pernah membuat tuntutan insuran sebanyak empat kali namun dinafikan wanita berkenaan.

“Pengadu semakin gusar setelah disambung kepada seorang polis kononnya berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang memaklumkan bahawa dia terlibat dengan penggubalan wang haram sebanyak RM1.8 juta,” katanya

Collin berkata, pengadu kemudian dihubungi oleh seorang lagi pemanggil yang memperkenalkan diri sebagai peguam dan menawarkan khidmat untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Pengadu dinasihatkan untuk membuka satu akaun bank baharu dan seterusnya menyerahkan gambar kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor pin kepada suspek pada 7 November tahun lalu.

“Pengadu mengikut kesemua arahan yang diberikan suspek termasuk membuat pinjaman bank berjumlah RM75,000 yang telah diluluskan pada 15 November,” katanya.

Ujarnya, pada hari yang sama, mangsa telah memindahkan RM 75,000 ke akaun bank baharunya itu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu juga telah membuat satu lagi pemindahan wang berjumlah RM27,000 yang dipinjamnya dari sebuah lagi bank lagi dua hari kemudian.

“Suspek juga mengarahkan mangsa untuk mengadaikan barang kemas miliknya bernilai RM20,000 dan memindahkan RM16,000 ke akaun bank berkenaan pada 16 November 2021,” katanya.

Katanya , sepanjang proses berkenaan berlangsung, pengadu diarahkan untuk tidak memaklumkan kepada sesiapa dan membuang semua dokumen transaksi sehinggalah beliau menceritakan perkara itu kepada suaminya.

“Setelah sedar dirinya ditipu, mangsa yang mengalami kerugian berjumlah RM118 000 juga terpaksa menanggung beban tambahan untuk membayar balik pinjaman wang yang telah dibuat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Penggubalan ka penggubahan ka air kumbahan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:06 PM | Show all posts
jenis acik2 yg x ambil tahu berita semasa kot

duit banyak habis begitu je

lain kali, p terus balai polis report...if polis taknak layan ko..atleast ko dh double confirmkan dgn polis...mmg ko x terlibat sebarng kes.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-1-2022 01:23 PM
Penggubalan ka penggubahan ka air kumbahan?

Yg betulnya penggubalan wang harommm....
Money laundering

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-1-2022 02:42 PM
Yg betulnya penggubalan wang harommm....
Money laundering

Sepatutnya penyucian wang harom..atau penhalalan wang harom
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-1-2022 02:42 PM
Yg betulnya penggubalan wang harommm....
Money laundering

Dewan Bahasa dan Malapetaka tersenyum sinis



https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=penggubahan&d=175768&#LIHATSINI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
umur 58 pun lepas lagi buat personal loan ye? nak bayar hutang sampai mati ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 05:04 PM | Show all posts
kesian orang ni. hari tu ada berita pasal kes scam yang banyak melakukan tangkapan... tapi tak tahu duit yang dah hilang tu dapat balik ker tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 06:21 PM | Show all posts
duit yg hilang jgn harap dpt balik

kes Monspace
chinese pasang 3 lawyer
sampai sekarang tak dgr berita
setiap seorang dh labur ratusan ribu RM
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:40 PM | Show all posts
Jangan percaya call daripada orang yg claim mereka polis. Kalau betul mereka polis, suruh mereka datang sendiri tangkap di rumah.

Dan lagi satu polis sendiri boleh bekukan akaun bank. Jadi tak perlu pun pemilik akaun tu nak pindahkan ke akaun lain bagai.

Alasan 'penggubahan wang haram' ni memang sudah lama jadi modal scammer
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 10:47 AM | Show all posts
merrissa replied at 16-1-2022 02:06 PM
jenis acik2 yg x ambil tahu berita semasa kot

duit banyak habis begitu je

Betul tu masih ramai je species macam tu sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmgla yg kena tipu tu pun ngok sbb xambik tahu isu semasa. Cuma bank mmg xde kuasa nk sekat transaksi yg mencurigakan ke?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2022 11:03 AM | Show all posts
Dh byk Kali keluar berita mcm ni pun masih tk ambil tau ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059581 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list