View: 701|Reply: 6
|
Hadek2 Unknown bagi pesanan khas buat yang sakit, pedih dalam jiwa macam acik @Themilo dan @Kurex yang sakit menyakiti berebutkan hadek2 herlokk itteww?
[Copy link]
|
|
'Pesanan' daripada unknown
SELEPAS kejayaan single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) tular di TikTok dan mendapat hampir 300,000 tanda suka, kumpulan 'boyband' Unknown kini tampil dengan single kedua, Tersakiti.
Kumpulan yang dianggotai Momo, Mary Haf, Izmeer, Ameer dan Zaq ini menyimpan harapan tinggi buat pertaruhan kedua mereka.
Buat julung kalinya juga, Ace Talents dengan kerjasama dinamiknya bersama Universal Music Malaysia, bergabung tenaga bagi memperkenalkan single kedua kumpulan yang semakin mencipta nama itu.
Setelah penerimaan luar jangkaan daripada peminat terhadap single pertama mereka berjudul Jangan Marah (Baby Sayang), Unknown semakin dikenali terutamanya di laman sosial.
Momo berkata, lagu Tersakiti adalah ciptaannya bersama Haf yang berinspirasi daripada lagu-lagu artis Korea Selatan yang menjadi kegilaan banyak remaja masa kini.
"Tersakiti seakan pesanan buat mereka yang sedang merasa 'sakit' atau 'pedih' di dalam jiwa," katanya.
Lagu berdurasi tiga minit dan 51 saat dalam nuansa hip hop serta elemen R & B ini dimulai dengan intro yang perlahan, namun menggamit perasaan.
Lirik Tersakiti dicipta Haf yang penuh bertenaga dan diwarnai dengan korus yang pasti membuai jiwa.
Haf berkata, proses rakaman di Studio Platinum mengambil masa selama sehari saja, manakala satu minggu lagi diperuntukkan untuk proses penambahbaikan serta 'mastering'.
"Sewaktu proses rakaman sedang berlangsung, kami berpeluang bekerjasama dalam membentangkan idea dan pendapat masing-masing untuk mewarnai karya itu.
"Banyak yang kami pelajari selain dapat mengeratkan hubungan sesama kami. Apatah lagi, kami mengenali satu sama lain sebaik saja kumpulan ini ditubuhkan," katanya.
Dek kerana minat dalam bidang muzik dan nyanyian, lima remaja bergabung dalam satu kumpulan 'boyband', sekali gus 'melawan' situasi pandemik Covid-19 untuk melancarkan nama dan karya mereka.
Enggan bertahan separuh jalan, setiap daripada mereka sentiasa berbincang dalam melaksanakan sesuatu keputusan untuk karier mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ace Talents, Azuein Alonto berkata, dia percaya dengan bakat lima anak muda itu dan penerimaan mereka dibuktikan menerusi single pertama mereka.
"Saya harap Tersakiti ini dapat melonjakkan lagi nama Unknown. Sekiranya ada rezeki, mungkin mereka dapat menembusi pasaran Indonesia serta Asia Tenggara," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
TERSAKITI pesanan buat mereka yang sedang merasa ‘sakit’ atau ‘pedih’ dalam jiwa. |
|
|
|
|
|
|
|
UNKNOWN mahu terus dikenali hingga ke Indonesia serta Asia Tenggara. |
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]k4KsCE2IEpo[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]kXP4RbP7cEE[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu theyols sedap. Tapi nauzubillah min zalik hausnya rhoper memasing. Ku ingatkan semua ahli tu anak Lan Solo. Rhoper macam boyband kepulauan bajau laut dan dayak bergabung untuk merdeka dari kerajaan yindu majapahit.
Kenapa producer theyols tak cari yang herlok sikit... Campur2 la orang Borneo, Siam, Malay, Chinese & Indian mix herlokkk persis adik Amelia Henderson tu. Ni hujung2 rhoper kalau letak tin kosong atau tempurung kelapa dekat depan pun orang dah hulur seringgit dua |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau selamanya unknown camne?
moga berjaya ya dek non sekalian |
|
|
|
|
|
|
| |
|