CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1618|Reply: 7

Naimah Daniela bengkak muka akibat jatuh papan selaju, nak kena tepek advance night repair serum estee lauder hari2 kewww bak kata acik @dudaberhias?

[Copy link]
Post time 16-1-2022 01:11 AM | Show all posts |Read mode
Muka Naim Daniel bengkak jatuh papan selaju

PETALING JAYA – Pelakon dan juga penyanyi Naim Daniel mengalami kecederaan ringan pada muka dan tangan selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti bermain papan selaju di salah sebuah tapak permainan tersebut di Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia terjatuh dan mukannya tersembam pada lantai selepas gagal menyeimbangkan badan ketika sedang meluncur atas papan selaju.

“Tersalah langkah. Saya gagal seimbangkan badan dan muka saya tersembam pada lantai gelanggang permainan papan selaju.

“Lagi pun tempat bermain di situ agak gelap sebab banyak lampu yang rosak. Bahaya sebenarnya. Tapi sebab sudah beberapa kali bermain di sana, jadi saya dah biasa. Cuma malam tadi nasib kurang bernasib baik,” katanya.

Ujar pelantun lagu Purnama itu lagi, selepas terjatuh dan mengalami kecederaan, dia telah dibawa rakan-rakannya termasuk penyanyi Ismail Izzani ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Tak ada apa yang serius sangat. Cuma tangan terseliuh dan luka pada kening serta dagu hingga menyebabkan mata sedikit bengkak.

“Alhamdulillah doktor maklumkan tidak ada anggota yang patah. Doktor ada bagi ubat tahan sakit dan surut bengkak sahaja,” katanya.

Disoal tentang jadual penggambaran yang mungkin terpaksa ditangguhkan, Naim berkata buat masa ini dia tidak terikat dengan mana-mana jadual kerja dalam masa terdekat dan hanya akan kembali menjalani pemnggambaran sekitar dua minggu lagi.

“Nasib baik penggambaran lagi dua minggu. Jadi saya ada masa untuk berehat dan sembuh sepenuhnya,” katanya.

Jelas Naim, sukan papan selaju dan kecederaan adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh peminat aktiviti lasak tersebut.

Malah, kecederaan yang dialaminya itu tidak akan melunturkan minatnya untuk terus bermain papan selaju.

“Aktiviti papan selaju memang ada cabaran dan risiko yang perlu ditempuh. Apa yang penting adalah utamakan keselamatan diri ketika bermain,” jelasnya. – K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 01:11 AM | Show all posts

Naim bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk atau patah pada anggota badan lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 01:13 AM | Show all posts
[ig]https://www.instagram.com/p/CYLODf_h-a6/[/ig]
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli la bodo dia ni apehal kau nak kena selfie nmpk bulu dada sejembut tu??? Eyyy geli
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
ntahh knpee aku rse bayangan budi ni masih melekat kt diee
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yerrr sesuai sangat heols ni titik ANR tetiap hari. Kalau boleh sebotol tu jirus terus satu badan setiap hari. Heols nampak je macam bebudak, tu pun sebab kepala besar dan badan kecik. Cuba kalau badan bogak macam zul ariffin. Kaka dah panggil heols pakcik naim, alang2 rhoper pun macam kelindan bawa lori tanah 10 tan.

Kalau takde pitih nak jirus sebotol setiap hari, jangan risau kaka ada tips dan petua hebat.

Cuba letak tin kosong dan tempurung kelapa dekat depan masa main papan luncur tu, confirm ada yang hulur seringgit dua... Kalau kaka lalu pun kaka bagi extra RM20 buat belanja MCD set
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm nk lempang je iols tgk heshe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
fonen naimah
ko main kat extreme park depan laman seri tu ke?
shah alam tempat skate itu jelaa pun
situ kemain gelap
sebelah tu tempat orang main futsal kan
last iol tengok penuh sampah
dulu kemain meriah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052603 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list