View: 1043|Reply: 6
|
Nikki pinjam nurse punya pen, hafal lirik guna resit lama untuk berlatih sempena GV atas katil hospital
[Copy link]
|
|
Nikki Palikat hafal, gali lagu atas katil hospital
PETALING JAYA – Sudah memasuki minggu separuh akhir Gegar Vaganza Musim kelapan (GV8) , salah seorang finalis, Nikki Palikat mengakui dirinya tidak terlepas daripada dibelenggu dengan tekanan sepanjang minggu ini.
Selain risau tentang persembahan separuh akhir yang bakal berlangsung esok, penyanyi kelahiran Sabah itu tertekan untuk memastikan dirinya sembuh selepas dimasukkan ke hospital dua hari lalu kerana terlalu penat.
“Persediaan pada minggu ini bukan seperti yang saya bayangkan tetapi cuba juga lakukan terbaik walaupun getir.
“Pinjam pen daripada jururawat dan terbalikkan resit lama untuk menulis lirik lagu persembahan. Marilah kita hayati lirik lagu ikonik ini.
“Sambil terlantar (di hospital), saya cuba hafal lirik dan bukan perkara yang mudah. Selalunya saya hafal lirik sambil makan buah longan atau basuh pinggan,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini.
Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Caramu itu juga memberitahu menguatkan dirinya untuk cepat sembuh juga salah satu tekanan yang perlu dihadapinya pada minggu ini.
“Kali ini saya cuba berehat sebanyak mungkin tanpa cuba ‘memaksa’ diri untuk cepat sembuh.
“Itu menjadi tekanan sebenarnya dan itu yang paling termampu untuk saya lakukan ketika ini,” ujarnya.
Dia yang bakal mendendangkan lagu Puncak Kasih nyanyian asal Ziana Zain pada Ahad nanti turut memberitahu lagu tersebut mempunyai lirik yang sangat mendalam.
“Lirik lagu ini sangat puitis dan banyak metafora. Saya terhibur menghafalnya sambil membayangkan embun memercik dan istana tiada berseri serta rona luka berlimpahan,” katanya lagi.
Terdahulu, Nikki terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara dua hari lalu akibat kepenatan melampau. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
NIKKI PALIKAT dimasukkan ke hospital dua hari alu akibat kepenatan melampau. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni sesuai blakon jd kaknita |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama Nikki ni kawin dgn Audi kan...
Dorang ada anak tak...mesti comel2 anak dia
|
|
|
|
|
|
|
|
elaun peserta GV ni setiap minggu rm10k yach? |
|
|
|
|
|
|
|
jerukkedondong replied at 16-1-2022 01:26 PM
Dah lama Nikki ni kawin dgn Audi kan...
Dorang ada anak tak...mesti comel2 anak dia
Ada ank sorang kan |
|
|
|
|
|
|
|
September14 replied at 16-1-2022 03:05 AM
Dia ni sesuai blakon jd kaknita
aahh sejibik kak nita muka dia rambut kenteng tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|