CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2694|Reply: 21

Tak nak salahkan dos penggalak, terdedah dengan individu yang batuk mungkin jadi punca jangkitan kuman dalam darah Amyra

  [Copy link]
Post time 16-1-2022 12:54 AM | Show all posts |Read mode
Amyra Rosli kena jangkitan kuman dalam darah

PETALING JAYA – Pelakon Amyra Rosli terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara sejak kelmarin selepas doktor mengesahkan pelakon itu dijangkiti kuman dalam darah.

Suami kepada Amyra yang juga pelakon, Amar Baharin ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, doktor memberitahu masih terdapat kuman dalam darahnya dan memerlukan pemantauan di hospital.

“Pagi tadi doktor beritahu masih ada jangkitan dalam darahnya. Kata doktor punca kemungkinan daripada udara.

“Amyra mungkin terdedah dengan individu yang mengalami batuk-batuk dan merebak melalui udara,” katanya.

Sebelum dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu, Amar berkata isterinya mengalami demam panas sehingga mencecah 40 darjah selsius.

“Selain demam panas, Amyra juga hilang selera makan dan terdapat kelenjar kecil pada bahagian lehernya,” jelas Amar.

Ujar pelakon berusia 37 tahun itu, isterinya baru sahaja mendapatkan suntikan dos penggalak (booster) pada 7 Januari lalu dan berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, tiga hari selepas itu, Amyra mula mengalami demam panas.

“Saya tidak mahu salahkan suntikan penggalak itu sebab kesannya pada badan seseorang adalah berbeza,” katanya.

Sementara itu, Amar memaklumkan bahawa Amyra seboleh-bolehnya hendak keluar cepat dari hospital kerana sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri.

Amar berkata, Amyra menjadi serba salah dan tidak mahu menyusahkan orang lain selepas dia dimasukkan ke hospital.

“Namun doktor nasihatkan untuk berehat sekurang-kurangnya seminggu di hospital kerana keadaan kesihatannya perlu dipantau.

“Sebagai suami, saya mahu dia berehat dahulu sehingga betul-betul sembuh. Tapi kalau tuan punya badan (isteri) rasa dia boleh bekerja semula, saya tiada halangan,” katanya.

Buat masa ini, dua orang anak pasangan selebriti itu iaitu Aqeef Anaqi, 5,  dan Ayra Aryssa, 2, dijaga oleh nenek mereka sementara Amyra masih dirawat di hospital. – K! ONLINE


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 12:54 AM | Show all posts

PELAKON Amyra Rosli dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara sejak kelmarin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Amyra ni start nmpk cantik giloo bila dgn amar ni. Dulu time dgn dazrin nmpk kepam je. Sbb happy kot. Amar tu pun biasa jee. Mcm bamtah la dgn faz terus auto wangi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya amyra, moga cepat sembuh lah yer. Scary pulak bila dengar sheols baru cucuk booster walaupun iols rilek2 jah, tapi terlampau awal nak kata takde pape
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
meolls before Christmas Eve pun baru dpt booster... so far ok cuma ada rasa mcm nak demam sikit time mlm tp esoknya tu back to normal

meolls dpt modena booster
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon mira. Amyra ni cantik laki dia mmmmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh Amira kuuuu
Meols suka betul dak Amira ni Semoga cpt sembuh ya dik. Aaminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
gws meera..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 16-1-2022 07:10 AM
Oh Amira kuuuu  
Meols suka betul dak Amira ni  Semoga cpt sembuh ya dik. Aaminnnn

Die xde gosip murahan kan. Berlakon pn ok
Cantik pn cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan selamat sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 16-1-2022 02:25 AM
Siannya amyra, moga cepat sembuh lah yer. Scary pulak bila dengar sheols baru cucuk booster walaupun ...

ayah n mak umur 70.. ayah sakit buah pinggang stage 5.. dialisis 3 kali seminggu. dah dpt booster and mmg takde apa2… iols yg truk lps ambik vaksin. booster blum lg haha

so ikut bdn masing2. sbb tu jgn apa slhkan vaksin.
analogi mcm jumla mayat mati dlm sungai.. takleh la ckp mati lemas. maybe org tu dah mati n dihumban ke sungai. sbb tu post mortem tu pentng, bkn suka suki tuduh vaksin. dah puluh juta vaksin.. klau kes 1k yg disebabkan vaksin, tu kurg dr 1%. mslh tak sbyj tu pun kes tp bunyi je byk.

faham dlm keadaan uncertain ni mmg kite ade tendency nak percaya mcm2 teori. dok pertikai bhn vaksin. ade tak pertikai keselamatan mknan overclaim bleh kurus, or pertikai bhn dlm mkn segera.. mcm daging prosperity burger tu haha

why takde org risau long term effect ambik mknan manis, mknan fast food. just my 20 sen haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 16-1-2022 09:17 AM
Die xde gosip murahan kan. Berlakon pn ok
Cantik pn cantik.

Hah kannn. Muka baik nya laaaa
Me'ols dulu mengharap kan dia kawin royalty yg baik2, so classy kan dia ni. So kalau buat kerje amal / kebajikan, meols dah dambakan sheols pakai selendang, or tudung yg lawa2 sambil tersenyum.
Sekali si Amar ni dah sambar dia dulu So meols kesenduan... Ah gichewww meols nak atur hidup oranggg
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ada covid pun mmg ada jangkitan mcm ni myra oi...x perlu ada vaksin covid or booster ka apa utk jangkitan ni muncul
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 16-1-2022 07:02 AM
Get well soon mira. Amyra ni cantik laki dia mmmmm

Laki dia auto wangi sbb dgn dia kata acik2 foromers amyra pon bertambah2 cantik bila dgn amar, yg penting anak dia anaqi ensem boy n sweet n smart..iols suka.. leh wat menantu , gituhhh aiols persis acik2 kepam verangan jodoh kan anak sendiri ngn anak retis..ampwonnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 16-1-2022 04:23 PM
Hah kannn. Muka baik nya laaaa
Me'ols dulu mengharap kan dia kawin royalty yg baik2, so classy  ...

Betul, iols leh bygkan if sheil kawin vvip, lps tu dtg buat lawatan kt kampung2 dgn berselendang, WOW sgt...aura sheol tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 16-1-2022 04:23 PM
Hah kannn. Muka baik nya laaaa
Me'ols dulu mengharap kan dia kawin royalty yg baik2, so classy  ...

Tu la. Hahaha
I siap ckp ngn kawan. Cm x sesuai ngn amar. Kene ceramah ngn kawan i dah jodoh hahaha

Kawen pn mase die tgh hot
Amar tu mase tu tgh ade gosip ngn jering.
Tibe2 sambar amyra tros kawen.
Rezeki hahaha

Tp die pakai tudung lawa. Free hair lawa.
Sbb kurus pakai ape pn lawa. Hahaha. Bias nye i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak lelaki dia hensem kot haha. Kecil2 dah hensem. Anak dia menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-1-2022 04:32 PM
Betul, iols leh bygkan if sheil kawin vvip, lps tu dtg buat lawatan kt kampung2 dgn berselendang,  ...

Kannn setaraf wife soltan perak, zara. Alih2 kawin ngan sikatik terus sendu
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 16-1-2022 10:17 AM
ayah n mak umur 70.. ayah sakit buah pinggang stage 5.. dialisis 3 kali seminggu. dah dpt booster  ...

Mak ai 73 tahun ni. Amik booster masa awal2 yg warga emas tu. Alhamdullillah takde apa cuma tempat cucuk tu aje lebam.
Awal bulan lepas adik ai kena covid( vaksin tak lengkap, 2nd dos dia tak pergi). Mak ai duduk serumah. Alhamdullillah tak kena.
Mak ai ada penyakit lelah, kencing manis and darah tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Gws amyraaaaaaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.457633 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list