CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1949|Reply: 20

[Tempatan] Remaja dimandikan seperti jenazah lantik pegua. PPMM

[Copy link]
Post time 15-1-2022 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2022 07:21 AM

Remaja dimandikan seperti jenazah lantik peguam

15 January, 2022

]
KUALA LUMPUR: Seorang remaja yang dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kerana mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang dan dimandikan seperti jenazah oleh jemaah masjid berkenaan pada 8 Jan lepas telah melantik peguam untuk mewakili dirinya.

Usaha melantik peguam dari firma Tetuan Hariz Syakinah & Co itu dilakukan dengan bantuan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

PPPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat satu prosiding semakan jenayah yang telah ditetapkan di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di Shah Alam pada 17 Jan ini.

Atas dasar tersebut dan di atas arahan untuk mewakilinya, maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan hadir di hadapan Mahkamah Tinggi Yang Mulia pada hari tersebut.

PPMM juga merujuk kepada pelbagai versi fakta dan penceritaan berkaitan latar belakangnya dan kejadian berkenaan, yang dalam pandangan PPMM adalah tidak begitu sihat dari sudut keadilan dan kepentingannya, mahupun mana-mana pihak yang berkaitan untuk diteruskan di media sosial.


Ini terutamanya dalam menghormati prosiding yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari Isnin yang akan datang,katanya.


Justeru, PPMM memohon semua pihak untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan sehinggalah prosiding tersebut selesai.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid di Kuang memandikan seorang lelaki yang disyaki mencuri tabung masjid berkenaan.

Dalam rakaman video selama satu minit 25 saat itu, jemaah masjid berkenaan dilihat memandikan suspek seperti jenazah, termasuk melumurkannya dengan kapur barus. – astroawani



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2022 11:32 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-1-2022 07:41 AM

Dah sampai masanya warga Malaysia ......












Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:57 AM | Show all posts
kena mandi pon kecah.. kalau kena bantai pecah muka takdek plak nak kecah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la Persatuan Peguam camni bersihkan nama Islam....tercemar pasal duit tabung 2-3 inggit tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak x kesan fitnah ni besar mana? Lagi pulak akhir zaman ni zaman fitnah skala besar. Manusia tak tahu mana betul mana salah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ajk masjid nak menyedarkan tu memang dah niat baik tapi mereka tak ada hak nak menyebar video mandi tu sampai memalukan 7 keturunan  remaja tersebut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Amekaw. Pi lagi viral2 cambodo.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
keane.somewhere replied at 16-1-2022 03:19 AM
Elok la Persatuan Peguam camni bersihkan nama Islam....tercemar pasal duit tabung 2-3 inggit tu.

maksudnya takde pon duit 3.6k dlm tabung tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 12:59 PM | Show all posts
Atas dasar tersebut dan di atas arahan untuk mewakilinya, maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co. akan hadir di hadapan Mahkamah Tinggi Yang Mulia pada hari tersebut.

siapa yang keluarkan arahan?

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 16-1-2022 01:31 PM
mr_cool5885 replied at 16-1-2022 08:35 AM
Nampak x kesan fitnah ni besar mana? Lagi pulak akhir zaman ni zaman fitnah skala besar. Manusia tak ...


AJK pergi viral
Lepastu bbnu twitter p sebar fitnah
Yang terkesan pak imam dan penagih dadah acah2 teraniaya ni
Bukan nampak muka pun
Peguam pun ada yg membela pencuri dan penagih demi naikkan rating eh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpelah esok dah keluar penjara menang kes saman boleh beli dadah. Dah habis duit ngamuk kat family kat atok plak. Lepastu masuk forum kepala atok kena penggal.
Nauzubillahi min Zalik
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kesimpulannya, jangan la sesuka hati viralkan orang dalam keadaan memalukan/yang tak sepatutnya.. manusia sekarang memang gila viral.. asal boleh jadi content..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
As he should’ve
Patut saman skali makbapak dan atok dia yg gagal mengasuh dan mendidik dia tu
Pakat lepas tangan semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesalahan kt sini merakam. Penagih dadah xyah nk bela. Tu tgk berita hari ini smpi penggal ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang janji, lepas rakam, abang delete
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 19 dah camni.. kalau atok  x tegas lagi hancur budak ni jadi penagih tegar.. skrg pun dah curi duit x lama lagi x dapat duit bunuh org.. hidup pun menyusahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Play victim penagih ni. Masalah skng muka dia pun aku tak tahu cmne. Ada yang sebar tak muka budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
PPMM dah boleh bela penagih penggal mak sendiri tu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lobai2 bodo tu tangkap dan serah pada polis kan settle masalah. Gatai kotey jugak nk rakam dan mandi segala. Padan la muka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak gagal.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.412032 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list