CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3177|Reply: 24

[Dunia] Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

  [Copy link]
Post time 15-1-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 15-1-2022 07:09 PM

LONDON – Doktor-doktor memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi trend terbaharu di media sosial kerana boleh membahayakan nyawa mereka, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Trend dinamakan ‘ayam mengantuk’ itu menyaksikan pengguna memasak hidangan ayam yang diperap atau direbus dalam cecair ubat batuk.

Doktor-doktor meminta orang ramai supaya tidak menggunakan ubat batuk atau ubat selesema untuk merebus atau sebagai bahan perapan.

Amaran itu dikeluarkan selepas semakin banyak video di laman TikTok menunjukkan individu memasak hidangan ayam secara demikian termasuk menggunakan separuh kandungan botol ubat batuk.

“Idea bahawa anda menggunakan ubat sebagai bahan perapan ayam dan daging kerana mempercayai hidangan itu mempunyai khasiat untuk kesihatan bukan sahaja bodoh tetapi amat berbahaya,” kata seorang pegawai perubatan, Dr Jeff Foster.

Profesor Bahagian Perubatan Keluarga di Universiti Komanwel Virginia, Dr. Aaron Hartman menerangkan mengapa trend tersebut berbahaya.

“Apabila anda memasak ubat batuk, anda merebus air dan alkohol di dalamnya. Ini menyebabkan daging ayam yang dimasak mengandungi konsentrasi ubat dalam jumlah yang banyak.

“Apabila anda memakan ayam tersebut, anda seperti mengambil separuh atau satu botol ubat batuk bergantung kepada jumlah yang digunakan untuk memasak,” jelasnya.

Kata Hartman, perbuatan itu boleh menyebabkan keracunan, jatuh sakit, cirit birit, kerosakan hati, malah boleh membawa kepada kematian. – Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid ni buat ramai manusia jd gila ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 15-1-2022 07:10 PM
Covid ni buat ramai manusia jd gila ....

rasanya lebih kepada taiktok yg menjadi punca, asal boleh tarik perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 15-1-2022 07:13 PM
rasanya lebih kepada taiktok yg menjadi punca, asal boleh tarik perhatian

Oh tik tok ke...sampai sekarang akak tak tahu tiktok tu untuk apa...knp orang suka bertiktok....ishhh x faham akak...anak2 akak pun x de tiktok...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
udah la 'anu'nya semakin mengecil...tambah bodoh lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 07:49 PM | Show all posts
didi ayam mengantuk nak tido mana

[youtube]tMS2um3bAxM[/youtube]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 08:01 PM | Show all posts
noor2 replied at 15-1-2022 07:15 PM
Oh tik tok ke...sampai sekarang akak tak tahu tiktok tu untuk apa...knp orang suka bertiktok....is ...

ekceli bergantung pada pengguna tu sendiri. Iols folo yang kucing, masak2 dengan tips2 macam salin nota, belajar, hobi etc etc. Kengkadang tengok jugak yang lompat2 tu namun tak aktif sangat la sebab macam buang masa sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin ke hadapan sekarang..dulu masak dengan ketum jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik betul mereka ini semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 15-1-2022 08:01 PM
ekceli bergantung pada pengguna tu sendiri. Iols folo yang kucing, masak2 dengan tips2 macam salin ...

Ohh...tapi youtube pun dah ada kan semua tu...tu pelik dah ada youtube knp nk ada tiktok...fungsi x sama ke cane
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:14 PM | Show all posts
noor2 replied at 15-1-2022 09:09 PM
Ohh...tapi youtube pun dah ada kan semua tu...tu pelik dah ada youtube knp nk ada tiktok...fungsi  ...

tiktok video2 pendek je uols, dia macam pendek tapi laju dan padat gitulah. Well, generasi baru ni memang suka yang laju2 gini kan, misalnya kalau layan kdrama atau netflix, suka amik speed 1.5x berbanding speed normal. Meols ada terbaca sumwhere. Dari situ baru meols perasan fungsi speed kat utube
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik2 betul manusia sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde penyakit,cari Penyakit
Pas dh sakit, mula lah buat perangai sewel
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:47 PM | Show all posts
gila sungguh gilaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 15-1-2022 07:15 PM
Oh tik tok ke...sampai sekarang akak tak tahu tiktok tu untuk apa...knp orang suka bertiktok....is ...


Untok membodokan diri la cik kak oiii. Kalu esok lusa ni hang dah ada anak ka atau anak hang esok lusa dah besaq ka baik hang pi selak selak ketui telepon depa. Budak2 la ni bahaya sungguh la hai. Dok begelek gelek kot depan tipon tak tau jadah pa hat depa suka sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup ke dgn salt bae gi perap ngan ubat batuk?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
BartholomewKuma replied at 15-1-2022 09:59 PM
Untok membodokan diri la cik kak oiii. Kalu esok lusa ni hang dah ada anak ka atau anak hang esok  ...

Amboi mulut........
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi content skrg ni nyawa pun org sanggup pertaruhkan, adakah like dan byk org komen tu buat rasa bahagia?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 15-1-2022 01:14 PM
tiktok video2 pendek je uols, dia macam pendek tapi laju dan padat gitulah. Well, generasi baru ni ...

best kan tgk movie 1.5 speed ?
i kalau ceramah 2.0 speed
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-1-2022 05:57 AM
Amboi mulut........

Dak aih aku habaq ja hat depa dok be tik tok pa bala tu. Hang tanya tik tu depa dok guna buat pa. Aku habaq mai la kata depa dok jadi bodo dengan benda alah tu. Hang jgn la teghasa na. Aku habaq tu tak dak aih dok kata kot sapa bodo. Aku kata depq hat tik tok tu bodo.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.082102 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list