CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 1

[Kelantan] Senoi Praaq bantu jejak 'pak belang'

[Copy link]
Post time 15-1-2022 03:33 PM | Show all posts |Read mode

Shafien (lima kiri) bergambar selepas merasmikan program Kayuhan Tahun Baharu 2022 anjuran Group Gatih Amal (GGA) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di perkarangan Balai Polis Wakaf Bharu, di sini hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

TUMPAT: Seramai 29 anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak akan membantu penugasan mengesan serta mengawal harimau belang yang berkeliaran sekitar Pos Bihai di Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata seramai 19 anggota akan mula melaporkan diri pada 19 Januari ini dan selebihnya akan menyusul dalam masa terdekat.

"Kami menerima permohonan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi membantu untuk mengawal dan mengesan harimau di Gua Musang.

"Anggota sudah hadir taklimat bersama ketua polis daerah Gua Musang dan agensi berkaitan untuk agihkan penugasan," katanya hari ini.

Shafien berkata, penugasan anggota Senoi Praaq yang lebih mahir dengan keadaan hutan itu juga membabitkan pergerakan masyarakat Orang Asli di perkampungan itu bagi mengelakkan menghampiri kawasan berisiko.


Seekor harimau dikesan berada di luar pagar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, Gua Musang. - Foto NSTP/ Ihsan Pembaca

Anggota polis dari Kontinjen Kelantan juga akan bersama dalam penugasan itu dan akan ditempatkan di luar kawasan hutan iaitu sepanjang jalan ke perkampungan berkenaan.

"Selagi usaha belum selesai, kita tak benarkan orang kampung keluar ke hutan dan saya difahamkan bekalan makanan untuk mereka akan dihantar oleh agensi berkaitan," katanya.

Dalam majlis lain Shafien hadir pada program Kayuhan Tahun Baharu 2022 anjuran Group Gatih Amal (GGA) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di perkarangan Balai Polis Wakaf Bharu.

Program itu disertai 480 peserta yang membabitkan kelab basikal serta individu itu, Shafien turut berkesempatan mengayuh sebahagian daripada laluan sejauh 38 kilometer (km) sekitar Tumpat.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2022 05:05 PM | Show all posts
senoi praaq turun wooo...geng2 expert bab hutan (byk video utube)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.053887 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list