CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 130|Reply: 0

[Perlis] Trend 'unboxing' isteri ibarat 'jual bini': Mufti Perlis

[Copy link]
Post time 15-1-2022 11:22 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Asri Zainul Abidin. FOTO arkib NSTP

Kangar: Trend unboxing isteri yang menjadi ikutan pengantin baharu, membabitkan pengantin lelaki membantu pengantin perempuan membuka tudung dirakam untuk dimuat naik ke dalam media sosial, dilihat seperti 'menjual bini.'

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, kemajuan teknologi yang semakin berubah menjadikan manusia mendedahkan diri sendiri sebagai satu kebanggaan dan kesombongan.

"Kebanggaan dan kesombongan untuk menunjukkan apa yang aku ada dan apa yang orang lain tiada sehingga ada yang terpengaruh dengan memuat naik kandungan unboxing isteri semata untuk mendapat like (tanda suka) yang banyak dalam media sosial.

"Kadang-kadang mereka ini membuat trend yang melampaui batas sampai mendedahkan isteri sendiri," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari: "Nabi Muhammad SAW tidak membenarkan perempuan bercerita mengenai tubuh perempuan lain kepada suaminya kerana itu akan menaikkan syahwat suaminya terhadap perempuan lain."

Mohd Asri juga berkata, penglibatan dalam kumpulan aplikasi WhatsApp yang tidak berfaedah perlu dikurangkan.

Sementara itu, seorang penjawat awam Norhafizah Saad, 48 berkata, trend unboxing tersebut dianggap kurang sopan kerana aurat isteri adalah untuk suami dan bukannya untuk menjadi bahan tontonan ramai.

"Tidak perlu untuk kongsi apa yang kita ada untuk semua orang walaupun niat asal hanya untuk berkongsi kegembiraan akhirnya seolah-olah menjual bini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-5-2022 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.532189 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list