CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

Penuntut Indonesia kaya mendadak jual swafoto lebih RM4 juta

[Copy link]
Post time 15-1-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA swafoto Ghozali yang dijual di alam maya. FOTO Agensi

Semarang: Seorang penuntut universiti di Indonesia menjadi bualan di internet selepas berjaya menjual hak digital swafotonya lebih AS$1 juta (RM4 juta) menerusi platform perdagangan NFT yang menggunakan mata wang kripto.

Sultan Gustaf Al Ghozali yang menuntut dalam bidang sains komputer di sebuah universiti di tengah kota Semarang, merakamkan gambar dirinya duduk di hadapan komputer hampir setiap hari sejak lima tahun lalu.

Dia mulanya berhasrat menggunakan koleksi hampir 1,000 swafotonya itu untuk menghasilkan video 'penetapan masa' ketika hari konvokesyennya akan datang.

Namun, selepas mempelajari teknologi 'blockchain', pemuda berusia 22 tahun itu memutuskan untuk memuat naik gambarnya di NFT di bawah tajuk 'Ghozali Setiap Hari'.

"Saya fikir ia mungkin lucu jika ada individu yang mahu mengumpul gambar saya," kata Ghozali kepada pemberita di kampus universitinya, Khamis lalu.

"Saya tidak pernah terfikir ada yang mahu membeli swafoto itu, sebab itu saya hanya letakkan harganya AS$3 (RM12)," katanya.


GHOZALI mencuri perhatian warganet selepas menjual swafotonya lebih RM4 juta. FOTO Agensi

Bagaimanapun, Ghozali dikejutkan apabila satu gambarnya itu terjual pada 0.247 mata wang kripto atau AS$806 (RM3,367), semalam.

Ghozali mula memuat naik rakaman swafotonya sejak akhir Disember lalu dan jualannya meningkat selepas seorang chef selebriti mempromosikan gambar itu di laman sosialnya.

Dalam tempoh beberapa hari, lebih 400 individu membeli hak milik foto yang tidak memaparkan sebarang ekspresi pemuda berkenaan.

Sehingga tengah hari semalam, koleksi Ghozali mencecah nilai dagangan sebanyak 317 ether yang bersamaan dengan lebih AS$1 juta (RM4 juta).

"Secara jujurnya, saya masih tidak mempunyai keberanian memberitahu ibu bapa saya, mereka pasti akan tertanya-tanya dari mana saya mendapat wang sebanyak itu," katanya.

"Hari ini (semalam) saya menjual lebih daripada 230 swafoto dan sehingga sekarang, saya masih tidak faham mengapa ada yang mahu membeli foto #NFT saya, tetapi saya berterima kasih kerana usaha selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil," ciapnya di twitter Selasa lalu.

Ghozali yang berhasrat membuka studio animasi sendiri suatu hari nanti bercadang untuk melabur wang hasil jualan swafotonya itu dan akan terus merakam gambar swafoto setiap hari sehingga tamat pengajian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053016 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list